Tuesday, December 16, 2008

Take a break ...

SKOP SOALAN KERTAS 2: BAHAGIAN C/ NO. 5 DAN 6

BAHAGIAN C

SOALAN 5 DAN 6

LADANG
· Kawalan perosak (menyembur racun)
· Tut dan cantuman
· Kompos dan tapai
· Hidroponik

Makmal

· Fotosintesis
· Butir pepejal tanah
· Tekstur tanah cara mendakan
· pH tanah : pH meter dan kaedah Kuhn
· Memeram buah guna kalsium karbida
· Bedah siasat ayam
· Akses internet

SKOP SOALAN KERTAS 2: BAHAGIAN B/ NO. 3 DAN 4

BAHAGIAN B (SOALAN PENGIRAAN)

SOALAN 3 DAN 4


· Kiraan baja
· NPM
· Belanjawan

SKOP SOALAN KERTAS 2: BAHAGIAN A/NO.2

SOALAN NOMBOR 2

Membuat penilaian

Kriteria soalan penilaian:

1. Menerangkan kelebihan sesuatu perkara dengan jelas
2. Menerangkan kekurangan sesuatu perkara dengan jelas.
3. Membuat keputusan berdasarkan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara itu
dengan betul.


Membandingbeza, menerangkan kelebihan, kekurangan dan membuat keputusan

· Foraj dengan konsentrat
· Pengawanan semulajadi dengan permanian beradas
· Memilih maklumat dari internet
· Menilai data kuantitatif
- menilai prestasi bidang usaha berdasarkan keuntungan dan Pulangan setiap ringgit
dilaburkan
- membuat keputusan samada terus, bubar, ganti atau ubahsuai pengurusan bidang
usaha

Terangkan kelebihan dan kekurangan foraj dan konsentrat. (Jawapan boleh dibuat dalam bentuk jadual)

Foraj:

-Tinggi kandungan fiber kasar : fiber penting untuk proses pencernaan makanan, fiber
mudah diperolehi dari rumput yang dimakan oleh ternakan.

-Boleh diberi dalam bentuk awetan atau segar: foraj segar boleh diragut di padang ragut atau
dipotong dan diberi kepada ternakan di dalam kandang. Foraj dipotong atau diracik dan
diperam untuk menghasilkan silaj. Silaj adalah bentuk awetan foraj dan digemari ternakan

Rendah kandungan nutrien: ternakan perlu makan banyak foraj untuk menampung kekurangan nutrien, ternakan perlu diberi makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrien, Silaj mudah rosak akibat bakteria Clostridia sp. Kelembapan yang tinggi pada silaj menyebabkan silaj mudah rosak. Bakteria Clostridia sp mudah membiak dalam keadaan kelembapan dan suhu tinggi.

Konsentrat

Tinggi kandungan nutrien : sangat sesuai untuk memberi kadar tumbesaran yang cepat .
Ia mudah disimpan dan diberi kepada ternakan kerana saiz kecil tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan. Ia juga disukai oleh ternakan kerana rasa yang sedap. Makanan konsentrat boleh ditambah aditif makanan untuk meningkatkan mutunya. Bahan aditif seperti hormon, vitamin dan ubat-ubatan boleh digaul bersama semasa menyediakan konsentrat dapat meningkatkan tumbesar dan kesihatan ternakan

Rendah kandungan fiber kasar: boleh mengganggu proses pencernaan
konsentrat yang tinggi kandungan lemak mudah diserang kulat Aspergillus flavus dan menyebabkan keracunan aflatoksin. Keadaan ini berlaku dalam keadaan kelembapan yang tinggi dan boleh menyebabkan ternakan mati.

SKOP SOALAN KERTAS 2: BAHAGIAN A/ NO. 1

SOALAN NOMBOR 1

Kriteria soalan nombor 1

1. Menggunakan pengetahuan sedia ada dalam situasi baru dengan betul.
2. Menerangkan penggunaan kaedah dalam situasi baru dengan betul.
3. Melakar mengikut prinsip yang betul.
4. Menyediakan perancangan mengikut prinsip yang betul.
5. Menerangkan aspek pengurusan dalam situasi baru dengan jelas.
6. Menerangkan aktiviti pemasaran hasil pertanian dengan betul.

Pertanian di Malaysia
· Mencadangkan cara-cara mengatasi masalah berkaitan isu pertanian di Malaysia

Tanaman
· Membuat inferens eksperimen fotosintesis
· Interpretasi data mendapan butir pepejal tanah
· Interpretasi data dari ujian pH tanah
· Penggunaan pengawalatur pertumbuhan.

Ternakan
· Cara mengurangkan kesan himpitan iklim
· Cara pencegahan dan pengawalan penyakit

Perladangan
· Melakar pelan susun atur ladang
· Menyediakan jadual kerja
· Menyediakan format rekod berkaitan
· Merangka rancangan operasi ladang
· Menerangkan aspek pengurusan pekerja, jentera, tanaman dan ternakan
· Menerangkan aktiviti-aktiviti pemasaran hasil pertanian

Teknologi
· Penggunaan mekanisasi ladang dalam tanaman dan ternakan
· Penggunaan komputer dalam pertanian
· Penggunaan bioteknologi dalam pertanian

Contoh soalan

1. (a) Pengawalatur pertumbuhan digunaan secara meluas dalam industri pertanian.

Terangkan tiga penggunaan pengawalatur pertumbuhan dalam industri
tanaman hiasan.
[9 markah]

(b) Bioteknologi boleh memberi sumbangan dalam penghasilan sumber makanan
dan pemuliharaan alam sekitar.

Terangkan dua penggunaan bioteknologi dalam industri pertanian.
[6 markah]

SKOP SOALAN KERTAS 1: PENGKELASAN

Pengetahuan dan kefahaman tentang pengkelasan

1. Lapisan profil tanah lazim
2. Melakar dan melabel lapisan-lapisan profil tanah lazim
3. Alat pemugaran primer dan sekunder
4. Jenis bahan makanan ternakan : foraj dan konsentrat
5. Ciri rumput baik pilih
6. Jenis rekod pengurusan : rekod fizikal dan rekod kewangan

SKOP SOALAN KERTAS 1: PERTALIAN

PERTALIAN
1. Menghubungkait faktor-faktor taburan tanaman dan ternakan utama
2. Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan
3. Faktor-faktor yang mempengaruhi fotosintesis dan kefotokalaan
4. Kesan suhu
5. Kesan air
6. Kesan angin
7. Kesan pH (kesan tanah berasid)
8. Hubungkait nilai pH dengan ketersediaan nutrien dalam tanah
9. Gejala kekurangan unsur makro
10. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan
pengapuran
11. Kesan iklim secara langsung ke atas ternakan
12. Kesan iklim secara tidak langsung ke atas ternakan

SKOP SOALAN KERTAS 1: PRINSIP DAN GENERALISASI

Pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip dan generalisasi

1. Menghuraikan proses fotosintesis dan kefotokalaan
2. Menerangkan konsep pengurusan perosak bersepadu
3. Menerangkan konsep nisbah penukaran makanan
4. Pengertian perladangan sebagai suatu perniagaan

SKOP SOALAN KERTAS 1: METODOLOGI

METODOLOGI (KAEDAH)
(menghuraikan kaedah dengan jelas)

1. Kaedah bagi penerimaan cahaya optimum oleh tanaman
2. Kaedah tanaman mendapat suhu yang sesuai
3. Kaedah tanaman mendapat bekalan air optimum
4. Amalan untuk mengelakkan tanaman dari cedera ribut
5. Menentukan kelas tekstur tanah menggunakan kaedah medan dan mendapan
6. Kaedah membaja
7. Kaedah mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh agen air
8. Kaedah mengawal organisma (6 kaedah)
9. Langkah menghasilkan varieti tanaman baru
10. Kaedah membiak varieti baru
11. Cara merawat penyakit
12. Cara membiak baka ternakan sedia ada melalui pembiakbakaan kacuk
dan seturunan
13. Langkah menyediakan semen untuk permanian beradas
14. Langkah penyuntikan semen dalam permanian beradas
15. Langkah operasi permulaan ladang

SKOP SOALAN KERTAS 1: TURUTAN

1. Langkah menghasilkan varieti tanaman baru
2. Menyenarai dan menerangkan langkah-langkah dalam prinsip pengurusan
ladang
3. Aktiviti pemasaran hasil

SKOP SOALAN KERTAS 1: TERMINOLOGI

1. Nyatakan maksud dengan betul

(a) Rumput baik pilih
(b) Pengawanan semula jadi
(c) Permanian beradas

2. Nyatakan takrifan dengan tepat

(a) Tanah
(b) Tekstur tanah
(c) Struktur tanah
(d) pH tanah
(e) Unsur makro
(f) Unsur mikro
(g) Baja lurus
(h) Baja lengkap
(i) Baja sebatian
(j) Baja campuran
(k) Gred baja
(l) Parasit/saprofit/patogen/vektor
(m) Pengawalatur pertumbuhan
(n) Himpitan iklim
(o) Foraj/foder/pastura/konsentrat
(p) Pembiakbakaan kacuk/Pembiakbakaan seturunan
(q) Belanjawan ladang

3. Menerangkan pengertian dengan betul

(a) Catuan makanan seimbang
(b) Mekanisasi ladang
(c) Bioteknologi
(d) Pertanian persekitaran terkawal

SKOP SOALAN KERTAS 1: TEKNOLOGI

TEKNOLOGI

MEKANISASI

· Nyatakan faedah mekanisasi ladang kepada petani.
· Terangkan empat faedah mekanisasi ladang.
· Huraikankan secara ringkas faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan mekanisasi ladang
· Nyatakan empat kebaikan dan satu kelemahan sistem pengairan titisan
· Nyatakan tiga kelebihan dan dua kekurangan sistem pengairan percikan
· Senaraikan komponen dalan sistem pengairan titisan dan percikan

KOMPUTER
· Senaraikan faedah penggunaan komputer kepada petani.
· Nyatakan tiga peranan teknologi maklumat dan perhubungan dalam sektor pertanian.

BIOTEKNOLOGI
· Terangkan empat kepentingan bioteknologi dlm pertanian.

PERTANIAN PERSEKITARAN TERKAWAL
· Terangkan kepentingan pertanian persekitaran terkawal .
· Terangkan maksud rumah hijau dan nyatakan empat fungsi rumah hijau
· Terangkan maksud kolam tiruan dan nyatakan tiga kelebihan kolam tiruan
· Senaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan bekas untuk dijadikan kolam tiruan.
· Senaraikan keperluan asas kultur tanah.
· Nyatakan lima ciri medium kultur tanpa tanah yang baik
· Berikan lima contoh medium kultur tanpa tanah
· Apakah perbezaan di antara sistem hidroponik terbuka dan tertutup
· Nyatakan tiga contoh tanaman yang sesuai dalam pertanian tanpa tanah
· Senaraikan tiga jenis kultur tanpa tanah
· Nyatakan empat fungsi sistem perumahan ternakan
· Apakah kelebihan sistem reban ayam secara tertutup

SKOP SOALAN KERTAS 1: BAB PERLADANGAN

PERLADANGAN

Pengenalan

Perancangan

Kenalpasti samada rekod berikut adalah rekod fizikal atau rekod kewangan :
(a) Menjual hasil ladang
(b) Membeli baja
(c) Rekod tanaman
(d) Rekod ternakan
(e) Rekod tenaga buruh
(f) Rekod hasil ladang
(g) Rekod pendapatan

Pelaksanaan
Senaraikan empat sumber pengeluaran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu bidangusaha.

Nyatakan dua cara bagaimana sumber berikut diperolehi.
(a) Tanah
(b) Modal
(c) Pengetahuan
(d) Pekerja

Analisis & Penilaian

SKOP KERTAS SOALAN KERTAS 1: TERNAKAN: BAB GENETIK

Genetik
· Nyatakan ciri-ciri ternakan yang dikehendaki
· Terangkan ciri-ciri ternakan yang dikehendaki
· Terangkan dua fungsi setiap organ dalam sistem pembiakan ruminan
· Nyatakan lima tanda biang pada induk betina lembu.

SKOP SOALAN KERTAS 1: TERNAKAN:BAB KESIHATAN

KESIHATAN
· Nyatakan empat kepentingan kesihatan kepada ternakan.
· Terangkan tiga kepentingan kesihatan kepada ternakan.
· Namakan bahan untuk merawat penyakit ternakan
· Nyatakan lima simptom ternakan yang sakit.
· Terangkan cara serangan organisma berikut terhadap ternakan.
(a) Endoparasit
(b) Ektoparasit

· Lukiskan struktur
(a) cacing pita
(b) cacing pipih
(c) cacing gelang
(d) cengkenit lembu
(e) hama ayam

· Nyatakan jenis patogen yang menyebabkan penyakit pada ternakan
. Nyatakan jenis penyakit pada ternakan

SKOP SOALAN KERTAS 1: TERNAKAN: BAB MAKANAN

Bagi topik Faktor makanan soalan yang boleh ditanya di dalam kertas 1 atau dua adalah seperti berikut:

· Nyatakan tiga kepentingan pemakanan kepada ternakan.
· Senaraikan enam jenis nutrien dan nyatakan fungsi setiap nutrien tersebut
· Terangkan dua fungsi setiap jenis nutrien ternakan dengan jelas.
· Lakar dan labelkan sistem pencernaan ruminan dan bukan ruminan.
· Terangkan dua fungsi setiap organ pencernaan ruminan dan bukan ruminan

SKOP SOALAN KERTAS 1: TERNAKAN: BAB IKLIM

TERNAKAN
Untuk bab ternakan, sub-topik iklim, soalan yang boleh ditanya adalah seperti berikut:

· Nyatakan lima faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil ternakan
· Senaraikan empat faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pengeluaran ternakan
· Nyatakan tiga unsur iklim yang mempengaruhi tumbesaran ternakan
· Terangkan kesan himpitan iklim secara langsung ke atas pengeluaran ternakan
· Terangkan kesan himpitan iklim secara tidak langsung ke atas pengeluaran
ternakan.
Cuba jawab soalan-soalan di atas sebagai latihan. Buat latihan secara berulang-ulang, mulakan dengan merujuk kepada buku atau nota, kemudian kurangkan pergantungan anda kepada nota atau buku, lama kelamaan, daya ingatan anda akan bertambah kuat. Selamat mencuba. Ingat, practice makes perfect.

SKOP SOALAN KERTAS 1: BAB GENETIK DAN PENGAWALATUR TUMBUHAN

GENETIK
· Nyatakan empat ciri tumbuhan yang dikehendaki
· Terangkan ciri-ciri tumbuhan yang dikehendaki

PENGAWALATUR PERTUMBUHAN
· Senaraikan lima jenis pengawalatur pertumbuhan dan berikan kesan umum setiap pengawalatur tersebut.
· Terangkan empat (1 fakta 2 huraian) kesan pengawalatur pertumbuhan
· Terangkan empat penggunaan pengawalatur pertumbuhan.

SKOP SOALAN KERTAS 1: BAB BIOSIS

BIOSIS

- Nyatakan dua ciri bagi setiap organisma berikut:
(a) Virus
(b) bakteria
(c)kulat
(d)nematod
(e) serangga
(f) rumpai

- Nyatakan dua jenis hubungan hidup organisma dan berikan contoh.
- Berikan kesan bermanfaat dan kesan buruk organisma -organisma berikut kepada tanaman.
a)Virus
b)Bakteria
c)Kulat
d) Nematod
e)Serangga
f)Rumpai

Jelaskan tiga tanda serangan penyakit dan perosak terhadap tanaman bagi setiap organisma berikut.
a)Virus
b)Kulat
c)Bakteria
d)Nematod
e)Serangga
f)Rumpai

SKOP SOALAN KERTAS SATU : BAB TANAH

TANAH
· Huraikan tiga kepentingan tanah.
· Lakar dan labelkan carta pai komponen tanah lazim.
· Nyatakan tiga kumin mineral yang terdapat dalam tanah
· Nyatakan 3 ciri pasir , kelodak dan humus
· Terangkan empat kebaikan bahan organik
· Nyatakan dua sebab mengapa kandungan gas karbon dioksida lebih tinggi di dalam tanah
· Nyatakan empat jenis organisma yang terdapat dalam tanah.
· Lakar dan namakan jenis-jenis struktur tanah
· Terangkan tiga kepentingan tekstur tanah.
· Nyatakan empat kepentingan warna tanah.
· Terangkan kepentingan struktur tanah
· Hubungkaitkan nilai pH dengan ketersediaan nutrien dalam tanah.
· Nyatakan jenis-jenis baja dan berikan contoh
· Lakar dan namakan jenis-jenis hakisan tanah oleh agen air
· Senaraikan unsur makro dan mikro nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman

Nyatakan satu peranan unsur nutrien berikut :
(a)Nitrogen
(b)Fosforus
(c)Kalium

- Namakan tiga contoh bahan kapur.
- Nyatakan tujuan pengapuran terhadap tanaman
- Terangkan secara ringkas faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengapuran.
- Nyatakan lima cara membaiki keadaan tanah yang bermasalah
- Nyatakan empat cara membaja
- Nyatakan dua peringkat pemugaran tanah dan tujuannya.
- Nyatakan empat prinsip pencegahan dan pengawalan hakisan tanah.
- Nyatakan enam kaedah pencegahan dan pengawalan hakisan tanah oleh agen air.

SKOP SOALAN KERTAS SATU BAB TANAMAN : IKLIM

IKLIM

i) Namakan dua proses yang dipengaruhi cahaya yang memberi kesan terhadap pertumbuhan dan hasil tumbuhan
ii) Terangkan secara ringkas faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
iii) Senaraikan kaedah yang digunakan bagi penerimaan cahaya yang optimum oleh tanaman
iv)Nyatakan kaedah yang digunakan untuk mendapat suhu yang sesuai
v)Nyatakan kaedah untuk mendapat bekalan air yang optimum
vi)Senaraikan empat amalan untuk mengelakkan tanaman dari cedera ribut

Skop Soalan Sains Pertanian (3528) : Pertanian di Malaysia

SKOP SOALAN BAB PERTANIAN DI MALAYSIA

Kepentingan pertanian
Nyatakan empat kepentingan pertanian kepada negara.

Tanaman & ternakan
Nyatakan kawasan penanaman utama tanaman dan ternakan berikut :
(a) Getah
(b) Kelapa sawit
(c) Padi
(d) Sayuran
(e) Koko
(f) ayam
(g) Khinzir

Terangkan secara ringkas empat faktor yang mempengaruhi taburan tanaman
dan ternakan di Malaysia.

Trend pertanian
I).Nyatakan trend pertanian di Malaysia.
II)Jelaskan empat trend pertanian di Malaysia.

Isu pertanian
I) Nyatakan isu pertanian di Malaysia.
II) Jelaskan secara ringkas isu pertanian di Malaysia

Institusi pertanian
Nyatakan peranan institusi pertanian berikut :
(a) PORIM
(b) BPM
(c) FAMA
(d) JPS
(e) MARDI
(f) JP
(g) JPH
(h)LPP

Huraikan secara ringkas peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian.

Friday, September 12, 2008

FAKTOR BIOSIS

FAKTOR BIOSIS
Jenis organisma dan ciri



Virus
· Binaan ringkas
· Hidup dalam sel hidup sahaja
· Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola
· Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru

Bakteria
· Bersel tunggal
· Berbentuk rod
· Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak
· Parasit atau saprofit

Kulat
· Tidak mempunyai klorofil
· Hifa – memnghasilkan spora, cara utama menyerang tanaman
· Saprofit


Nematod
· Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki
· Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan menggunakan spilet

Serangga
· Invertebrata
· Badan bersegmen – kepala, troraks dan abdomen
· Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap

Rumpai
· Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan ruang

TAKRIF:

Parasit : Organisma yang mendapat faedah daripada perumah

Patogen : Organisma penyebab penyakit

Saprofit : Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang
telah mati

Vektor : Organisma pembawa penyakit atau perosak



Kesan manfaat dan berbahaya organisma

Virus


Kesan manafaat:
· Agen pengawal perosak
· Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, kumbang ,belalang dan hama


Kesan Bahaya:
· Agen penyebab penyakit
· Contoh penyakit merah padi dan bintik cincin pada betik (antraknos)




Antraknos pada cili

· Disebar kpd tumbuhan sihat oleh :
o Vektor spt afid, lelompat daun, nematod dan kulat
o Biji benih yang dijangkiti virus
o Peralatan ladang tercemar virus
o Pekerja yang bekerja di ladang

Bakteria

Kesan Manafaat:
· Penguraian bahan organik
· Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas spt Azotobacter dan Rhizobium yang bersimbiotik dengan pokok kekacang
· Penitratan oleh bakteria Nitrobacter dan Nitrosomonas
· Bakteria Bacillus thuringiensis adalah agen pengawal biologi

Kesan Bahaya:
· Serang/memasuki tanaman melalui stoma, lentisel, bunga dan luka
· Dibawa oleh serangga atau disebar oleh biji benih
· Contoh penyakit
- Hawar daun(padi) oleh
Xanthomonas spp





Hawar daun diakibatkan oleh xanthomonas




Kulat


Kesan manafaat:
· Agen pengurai bahan organik
· Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar pokok ru, jagung dan bawang.bantu akar tumbuhan mengambil nutrien fosforus, bantu biji benih orkid bercambah dan hubungan kekal dengan akar udara orkid.
· Memerangkap nematod dalam tanah
· Mengawal serangga

Kesan Bahaya:
· Memasuki tumbuhan melalui luka,stoma,kutikel, dan epidermis.
· Contoh penyakit – reput batang dan cendawan angin






Cendawan angin pada batang pokok





Nematod









Kesan manafaat
· Membantu mengurai bahan organik
· Mengawal serangga
· Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain

Kesan bahaya
· Rembesan air liur mencedera tisu akar
· Interaksi nematod dengan organisma lain
· Pembawa virus
· Contoh penyakit bengkak akar





Penyakit bengkak akar akibat
serangan nematod



Serangga

Kesan manafaat
· Membantu proses pendebungaan
· Memperbaiki keadaan tanah
· Pemangsa kepada perosak





Lebah merupakan agen pendebungaan




Kesan bahaya
· Merosak tanaman
· Membawa pelbagai penyakit
· Contoh perosak padi - bena perang dan kelapa sawit – kumbang tanduk
· Jenis mulut menggigit dan mengunyah seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat, kumbang dewasa dan belalang
· Mulut mencucuk dan menghisap seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang dan lelompat daun.


Serangga sedang menghisap sap sel pada
pokok.





Kepinding, serangga mempunyai mulut menyucuk dan menghisap





Rumpai

Kesan manafaat
· Mencegah hakisan tanah
· Membekalkan makanan dan tempat perlindungan musuh semulajadi perosak




Rumput boleh digunakan untuk menutup bumi dan
mencegah hakisan tanah




Kesan bahaya
· Bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien
· Hasil yang bercampur dengan rumpai dan biji benih rumpai merendah mutu hasil
· Tempat perlindungan perosak dan penyakit tanaman

Tanda-tanda umum penyakit dan serangan perosak:


VIRUS:
- Mosek
- Warna kuning-kekuningan
- Corak bercincin atau bergaris
- Pertumbuhan terencat
- Daun berpilin
- Tumor
- Batang daun lekuk


Bakteria:
- bintik
- layu
- reput
- mati rosot
- berair dan berbau



Kulat:
- Tisu mati
- Reput
- Melecuh
- Antraknos
- Bintik
- Hawar
- Keruping
- Pertumbuhan berlebihan atau berubah rupa bentuk seperti bonggol, ikal daun, akar tongkol, penyakit penyapu.
- Karat
- Kulapuk
- Layu

Nematod:
- Bonggol atau benjolan di akar
- Kecederaan akar
- Akar banyak bercabang
- Reput akar

Serangga:
- Tanda berlubang pada daun/batang
- Seakan terbakar


JENIS HUBUNGAN HIDUP

Simbiosis :

dua organisma yang saling memerlukan.
Contoh: akar kekacang dengan bakteria Rhizobium

Rhizobium mengikat Nitrogen daripada udara dan membekalkannya kepada tumbuhan.


Mikoriza :

Hubungan antara kulat dengan akar tumbuhan - pokok ru, jagung dan bawang. Kulat membantu akar menyerap nutrien, akar menyediakan nutrien untuk keperluan kulat.


BILA ORGANISMA PERLU DIKAWAL.

Organisma perosak perlu dikawal dengan melihat kepada aras populasinya. Aras populasi adalah seperti berikut:

Aras populasi perosak

Aras keseimbangan am

populasi perosak stabil, bilangan perosak masih berada pada paras tidak berbahaya dana kawalan tidak diperlukan.

Aras ambang ekonomi.

Aras penentu untuk bertindak melakukan kawalan berdasarkan aras populasi perosak

Aras kecederaan ekonomi

Aras populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian


PENGAWALAN ORGANISMA

1. Kaedah fizikal

- menggunakan kaedah fizikal atau alat untuk mengawal perosak.

Ciri-ciri:
a. Sekatan mekanik – jaring kalis serangga, membungkus buah
b. Sekatan tingkah laku – bunyi, cahaya, bau
c. Perubahan persekitaran – suhu, kelembapan, menggunakan asap, menyimpan hasil tanaman di dalam bekas kedap udara.

2. Kaedah Kultur

- Amalan di dalam pertanian yang mengganggu perkembangan atau kitaran hidup perosak:
Contoh:
· Pemugaran tanah
· Menggilirkan tanaman
· Varieti resistan
· Penanaman campuran
· Amalan penanaman yang baik – jaga kebersihan, jarak penanaman, pemusnahan sisa, benih yang bebas dari penyakit.

3. Biologi

· Menggunakan organisma seperti parasit, pemangsa dan patogen untuk mengurangkan populasi perosak.
· Contoh:
- Bakteria Bacillus thuringiensis mengawal larva plutella.
- Burung hantu dan ular mengawal tikus- Pokok Tagetes sp. Mengawal nematod


Pokok Tagetes sp (bunga tahi ayam)

Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi

Kebaikan
· Mengurang masalah pencemaran alam sekitar
· Selamat digunakan oleh petani
· Mengurangkan kos pengurusan untuk jangka panjang

Kelemahan
· Perosak tidak dapat dihapus kesemuanya
· Pemangsa mungkin serang organisma bermanfaat
· Pemangsa tidak dapat mengawal semua perosak
· Bilangan perosak lain mungkin meningkat
· Perlu pengetahuan teknik membiak musuh semulajadi, ekosistem, ekologi dan tabiat perosak atau pemangsa
· Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan pemangsa perlu diketahui
· Kesan kawalan mengambil masa yang lama



4. Kimia
- Menggunakan bahan/racun kimia untuk mengawal perosak.
- Mudah dan boleh digunakan bila-bila masa
- Tindakannya meluas

Pengelasan racun perosak dan cara tindakan

a. Racun perut

· Bentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan
· Digunakan sebagai umpan/sembur
· Membunuh apabila dimakan oleh perosak
· Contoh: Malathion (racun serangga), zink fosfida dan warfarin (racun tikus)


b. Racun sentuh

· Membunuh perosak apabila terkena perosak
· Memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu sistem saraf
· Diguna dalam bentuk semburan kabus
· Contoh :
o Racun serangga – karbaril, heptaclor, dan BHC
o Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa

c. Racun sistemik

· meresap ke seluruh tumbuhan menyebabkan tumbuhan beracun kepada perosak
· contoh furadan( racun serangga)
· Benomil (racun kulat)
o Paraquat (racun rumpai)

d. Racun pewasap

· Membunuh perosak apaila tersedut masuk ke dalam respirasinya
· Contoh Metil bromida dan vapam.

Maklumat yang terdapat pada label racun:

1. Nama dagangan
2. Pengeluar
3. kandungan bahan aktif
4. pengelasan racun:
- Kelas 1a : beracun – amat bisa
- Kelas 1b : Beracun – bisa
- 11 : Beracun
- 111 : Berbahaya
- 1V : Berbahaya
5. Perosak yang disasarkan
6. Cara penggunaan
7. Kaedah bancuhan
8. Tarikh pengeluaran/Tarih luput
9. Langkah keselamatan
10. Gejala keracunan dan ubat penawar
11. Cara penyimpanan / melupuskan.

Kelebihan dan kelemahan kawalan Kimia

Kelebihan
· Mudah digunakan
· Berkesan dengan cepat
· Dapat digunakan bila-bila
masa
· Mudah didapati di pasaran
· Banyak perosak dapat dikawal

Kelemahan
· Mencemar alam sekitar
· Mencederakan tisu
· Mungkin membunuh pemangsa
· Mewujud perosak yang resisten terhadap racun
· Meninggal kesan bau dan rasa

5. Kawalan Undang-undang

a. Kuarantin

· Bahan tumbuhan yang di bawa masuk dari luar negara diperiksa, diuji dan disah bebas dari perosak atau penyakit

b. Penghapusan
· Tumbuhan atau bahan tanaman yang disahkan berpenyakit dimusnahkan
· Contoh penyakit hawar getah

c. Peraturan
· Dikuatkuasakan oleh Akta Kuarantin Tumbuhan 1971 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981

d. Pensijilan
· Biji benih yang di bawa masuk perlu mendapat sijil pengesahan bebas penyakit
· Akta Racun Makluk Perosak 1974- menetapkan peraturan kedai yang menjual dan menyimpan racun

6. Pengurusan Perosak Bersepadu

1. Melibatkan penggunaan pelbagai jenis kaedah kawalan secara teratur dan saling melengkapi seperti

· Penggunaan varieti resisten
· Pemantauan dan ramalan perosak
· Kawalan biologi
· Penggunaan kimia secara bijaksana

Konsep pengurusan perosak bersepadu
· musuh semulajadi digalak bertambah
· jalankan kawalan kultur dan kimia secara terkawal
· mengguna pakai prinsip ekologi



Kaedah kawalan perosak secara bersepadu masih belum berjaya sepenuh kerana :
· Kurang pengetahuan mengenai ekologi perosak
· Mengoptimum penggunaan sumber melalui pengurusan ekosistem
· Teknik membiak musuh semulajadi masih menghadapi masalah
· Kurang pengetahuan di kalangan petani

end of this article....



Tuesday, August 26, 2008

Nota: Tanah

TANAH

Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

Lapisan tanah:
• Tanah atas
- ada sisa tumbuhan dan haiwan.
- Ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur.
- Pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi.
- Akar dapat tumbuh dengan baik.
- Merupakan tempat tinggal organisma tanah.

• Tanah Bawah:
- Berada di bawah tanah atas
- Tanah lebih padatn dan keras, menghalang pertumbuhan akar dan pengaliran air.
- Mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap
- Hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini.

• Batuan :
- Bahan induk tanah
- Alami proses luluhawa

Kepentingan Tanah.

1. Memberi sokongan kepada akar
- akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak.
- Bila pokok tumbuh tegak, ia dapat menerima cahaya.

2. Membekalkan nutrien
- Tanah tempat menyimpan nutrien
- Organik yang reput menjadi nutrien
- Baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah

3. Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan
• Udara tanah
- Mengandungi gas CO2 dan O2.
- CO2 lebih banyak dalam tanah Kerala ada respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik.
• Air tanah
- wujud dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair.



Komponen tanah;

1. Bahan mineral (45%)
 Terdiri dari kumin mineral seperti pasir, kelodak dan liat hasil proses luluhawa.
2. Bahan organik
 Humus, hasil akhir pereputan sisa tumbuhan dan haiwan yang diurai oleh bacteria dan kulat.
 Ciri-ciri humus:
- stabil
- warna gelap
- tidak larut dalam air
- menyimpan air
- menyimpan kation
 Kebaikan bahan organik
- membekalkan nutrient kepada tumbuhan
- membaiki struktur tanah
- humus bertindak sebagai bahan pelekat yang melekatkan kumin-
kumin tanah dan membentuk agregat tanah.
- Susunan agregat ini dipanggil butir rapuh dan memperbaiki
pengudaraan dan saliran air tanah.
- bahan organik menambahkan daya penampungan air tanah, tanah pasir jika dicampur dengan bahan organik dapat memegang air.
- Ia juga menghalang kehilangan nutrien dalam tanah ; Pereputan bahan organi menghasilkan bahan becas yang dapat menarik ion.

3. Udara
 Karbon dioksida lebih banyak di dalam tanah berbanding atmosfera.
 Oksigen dalam tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah.

4. Air
 Air terdapat di celah rongga yang halus.
 Rongga tanah yang lebih besar terisi dengan gas.
 Ini memastikan bekalan oksigen untuk akar dan organisma tanah mencukupi.
 Ciri-ciri muatan air tanah:
- muatan medan (had basah) – kandungan air berlebihan dalam tanah mengalir keluar mengikut tarikan graviti.
- Tanah tepu air ; rongga tanah dipenuhi air
- Had layu (titik layu) ; air tiada, akar tidak dapat mengambil air menyebabkan pokok layu.



5. Organisma tanah
 Bakteria :
- membantu proses pereputan bahan organik
- penting untuk pengedaran C,N,P dan S dalam tanah.

 Aktinomisit:
- membantu proses pereputan

 Kulat:
- Pereputan
- Bersimbiosis dengan akar tumbuhan untuk memegang nutrien

 Nematod:
- membantu pereputan

 Alga:
- Melakukan proses fotosintesis
- Menukarkan CO2 kepada O2 di dalam sawah padi
- Menyerap N daripada udara dan diberikan kepada pokok padi

 Cacing tanah:
- menggaul hasil reputan daun di atas tanah ke bahagian dalam tanah
- memindahkan tanah dari satu lapisan ke lapisan lain
- membaiki udara dan saliran tanah melalui terowong yang dibina
- tinja cacing mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.



Sifat –sifat Fizikal Tanah

1. Warna tanah
• Warna tanah menggambarkan keadaan fizikal dan kandungan tanah.
• Warna menggambarkan kandungan bahan organi, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
• Tanah yang berwarna gelap lebih subur.
• Tanah yang pudar paling tidak subur.
• Carta warna Munsell boleh digunakan untuk membandingkan warna tanah.

2. Tekstur tanah
• Boleh dikesan dengan merasa dengan tangan atau kaedah mendapan.
• Tekstur tanah ialah peratus perbandingan antara pasir, kelodak dan liat tanah.
• Kepentingan tekstur tanah:
- bila tekstur kasar, air dan gas mudah dan gas boleh mengalir meresap.
- Teksur tanah halus, boleh menyimpan dan menyerap nutrien. Pemugaran sukar bila tekstur tanah halus.

3. Struktur tanah
• Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah.
• Jenis-jenis :
- Butir rapuh
- Berlapis
- Berblok
- Prismatik
- Kolumnar
- Tidak ada struktur – bongkat atau butir tunggal

• Tanah pasir tiada struktur.
• Struktur tanah yang paling baik ialah butir rapuh.
• Kepentingan struktur tanah:
- struktur tanah yang baik, air dan udara mudah meresap, oleh itu akar mendapat air dan oksigen yang mencukupi.
- struktur yang baik menambah daya tahan tanah terhadap hakisan
- struktur yang baik mengurangkan kesan toksik CO2 kerana udara mudah meresap keluar.

Sifat Kimia Tanah

pH tanah.
• Tanah tropika bersifat asid kerana menerima banyak hujan yang membekalkan banyak ion hidrogen.
• pH tanah boleh ditentukan dengan:
- Kaedah Kuhn (Penunjuk universal)
- Meter pH


Faktor-faktor yang mempengaruhi pH tanah:
1, Kandungan bahan induk
• Bahan asal dari mana tanah itu terbentuk. Contohnya, batu granit mengandungi aluminium yang bila berhidrolisis akan mengeluarkan ion hidrogen. Ini akan menurunkan pH tanah dan tanah menjadi berasid.

2. Larutresapan
• menyebabkan kehilangan ion Ca, Mg dan K.

3. Penggunaan baja kimia
• contohnya baja amonium sulfat akan hasilkan ion Nh+ .H+ menurunkan pH tanah.

4. Pereputan bahan organik
• Asid organik merendahkan pH tanah.

5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik.
6. Respirasi akar dan organisma tanah
• CO2 dihasilkan bertindakbalas dengan air menghasilkan asik karbonik.

Kesan pH kepada tanaman.

1. Ketersediaan nutrien:
 Walaupun nutrien dibekalkan kepada tanah, tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut kerana: bila pH rendah, ion ferum dan magnesium dibebaskan, tetapi bila pH tinggi, ion kalsium dan magnesium dibebaskan. Ion ini akan memegang ion yang terdapat di dalam nutrien menyebabkan tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut.

2. Aktiviti mikrob
 Mikroorganisma yang bermanfaat kebanyakannya hidup pada Ph 5.5 – 7.8.
 Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan terjejas bila pH kuran 5.5.
 pH rendah merencatkan aktiviti cacing tanah.

3. Penyakit tumbuhan
 pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak sementara tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Ini menyebabkan tumbuhan mudah terkena penyakit.

UNSUR PERLU UNTUK PERTUMBUHAN TUMBUHAN


1. Makronutrien : O,C,H,N,P,K
2. Mikronutrien : Fe, B, Mn, Zn, Cu, Mo, dan Cl

Tanpa nutrien:
1. Tumbuhan tidak membesar dengan sempurna
2. Fungsi spesifik sesuatu nutrien tidak boleh diganti dengan nutrien lain

Fungsi nutrien:

NITROGEN:

Fungsi:
• Componen proteína untuk menghasilkan klorofil
• Mempercepatkan tumbesaran tumbuhan Kerana kadar fotosíntesis tinggi.

FOSFORUS:

Fungsi:
• Mempercepatkan pertumbuhan akar
• Mencepatkan kematangan bunga, buah dan pokok
• Menguatkan tangkai buah
• Menghasilkan tenaga diperingkat awal tumbesaran.

KALIUM:

Fungsi:
• Mempercepatkan pengeluaran bunga dan buah
• Memberi ketahanan terhadap penyakit
• Perlu untuk metabolisme kanji dan protein
• Mengaktifkan enzim

AMALAN UNTUK MEMBAIKI KEADAAN TANAH

Jenis-jenis tanah bermasalah di Malaysia:

1. Tanah asid sulfat

Ciri-ciri:
• Tanah liat
• pH kurang dari 3.5
• tanah tidak subur
• toksik aluminium, Fe dan Mn.

2. Tanah gambut

Ciri-ciri:
• Bahan organik tinggi
• Saliran tidak baik
• Tidak menyokong akar
• Tanah berasid
• Kurang nutrien Cu, Mn, Zn, Fe, Mo, Bo.

3. Tanah Bris
Ciri-ciri:
• Kandungan pasir tinggi
• Tanah tidak berstruktur
• Lapisan keras
• Daya simpanan air rendah
• Kurang air pada musim panas
• pH 4.3 – pH 5.8

4. Tanah Bekas lombong

Ciri-ciri:
• Pasir 80%
• Tiada struktur
• Ada mineral kuarza
• Tiada air

5. Tanah lempung

Ciri-ciri:
• Kandungan liat tinggi
• Saliran kurang baik
• Sukar dikerjakan
• Melekit bila basah, keras bila kering

AMALAN UNTUK MEMBAIKI KEADAAN TANAH

1. Pembajaan

• Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja.( % N, P2O5 dan K)

Jenis-jenis baja:
1. Baja campuran : Baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan.
2. Baja sebatian: Nutreid disebatikan secara kimia (di kilang)
3. Baja Lengkap: Kombinasi semua nutrien utama , mikro nutrien, enzim, dan pengawal atur.
4. Baja lurus : baja yang membekalkan satu nutrien sahaja.
5. Baja organik: daripada tinja ternakan dan sisa ladang.

Cara membaja:
1. Taburan:
- tabur sekata
- gaul dalam tanah
- letak disekeliling pokok
- sesuai untuk baja butiran halus/granul

2. Alur:
- Baja diletak di kiri dan kanan biji benih
- Diletak dalam jalar 4-5cm dalam sisi barisan pokok.

3. Poket:
- Lubang poket digali di hujung kanopi pokok.
- Baja di letak dalam poket dan kambus semula.

4. Semburan daun:
- baja larutan disembur pada daun.

2. Pengapuran

• Contoh bahan kapur:
- batu kapur CaCO3
- Kapur tohor CaO
- Kapur mati Ca(OH)2

Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengapuran.

1. Jenis tanaman
• Kapur diberi mestilah ikut jenis tanaman. Keperluan tanaman berbeza.

2. Jenis bahan kapur
• Kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit, koko dan jagung.
• Kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik dan tidak mudah diguna.

3. Jenis tanah
• Tanah asid sulfat dan tanah gambut sesuai dirawat menggunakan bahan kapur.
• Pengapuran secara berlebihan menyebabkan ketoksikan.

4. Kandungan Bahan organik
• Bahan organik menyerap H+ . Ini menyebabkan kapur sukar mengubah pH di kawasan banyak bahan organik.








3. Pemugaran
• Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai.

Langkah pemugaran:
• Pemugaran primer
- kerja awal.
- Memotong dan membalik tanah.
- Memecah dan melonggar tanah keras
- Menyediakan tanah untuk pemugaran sekunder
- Peralatan: bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.

• Pemugaran sekunder
- Memusnah rumpai
- Mencampur baja dan kimia pengawal perosak ke dalam tanah
- Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan
- Memusnah atau mengawal perosak
- Menyediakan batas tanaman
- Menghasilkan permukaan tanah lebih halus, sesuai untuk menyemai dan menanam.

4. Mencegah dan mengawal hakisan
• Jenis –jenis hakisan:

- Hakisan permukaan: Hakisan peringkat permulaan menyebabkan lapisan nipis di permukaan tanah hilang.
- Hakisan Alur: Hakisan peringkat ke dua dan tanah dihakis lebih dalam sehingga membentuk alur.
- Hakisan Lurah: Hakisan alur jika dibiarkan berterusan membentuk lurah dan sukar untuk dipulihkan.

• Prinsip pencegahan dan kawalan hakisan tanah oleh air.

1. Menanam penutup bumi:
- menanam kekacang – centro, calapo
- penutup bumi dapat menutup permukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan timpaan huja.

2. Membuat teres:
- Dapat memperlahankan larian air menuruni lereng bukit.

3. Menanam mengikut kontor:
- Pokok getah dan kelapa sawit ditanam mengikut kontor bagi menghalang kelajuan air menuruni lereng bukit.

4. Membuat sungkupan:
- Bahan sungkupan diletak di permukaan tanah untuk melindung permukaan tanah ditimpa hujan.
- Selain itu, sungkupan dapat mengelakkan hakisan tanah, dan menggelakkan tanah menjadi padat.

5. Menanam secara jalur:
- menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam

6. Membina sistem perparitan:
- Parit dapat memindahkan air berlebihan yang menyebabkan banjir.
- Ia juga dapat menyediakan tempat air mengalir dan dapat mengelakkan hakisan alur dan lurah.


-TAMAT-

Nota: Faktor Iklim

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

Faktor yang mempengaruhi:

- Iklim
- Tanah
- Biosis
- Genetik
- Pengawalatur

IKLIM

Unsur-unsur iklim:
- Cahaya
- Suhu
- Hujan
- Angin

Cahaya

FOTOSINTESIS
Cahaya memberi kesan terhadap fotosintesis.
• Fotosintesis ialah proses dimana tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
• Proses ini berlaku dalam kloroplas.
• Ada dua peringkat fotosintesis:

1.Tindak balas cahaya
- berlaku di dalam kloroplas
- memerlukan cahaya

2.Tindak balas gelap
- berlaku di dalam kloroplas
- tidak memerlukan cahaya

Faktor yang mempengaruhi fotosintesis ialah:
• Keamatan cahaya dan suhu
Bila keamatan cahaya dan suhu bertambah, kadar fotosintesis bertambah.
• Gelombang cahaya
Gelombang cahaya bewarna biru dan merah diserap dengan lebih berkesan oleh klorofil untuk digunakan sebagai tenaga di dalam tindak balas cahaya.

KEFOTOKALAAN


Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.

Ada dua jenis reaksi tumbuhan terhadap tempoh siang dan malam:
1.Tanaman tempoh siang pendek:
• Memerlukan tempoh siang yang kurang daripada 12 jam untuk mengeluarkan bunga.
• Contoh: Orkid Phaleonopsis, kacang soya, nanas dan keledek,

2. Tempoh siang panjang:
• Memelukan tempoh sian melebihi 12 jam untuk berbunga.
• Contoh: Gandum, pokok jarak dan ubi kentang.

Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan:

1. Keluasan permukaan daun
• Lebih luas permukaan daun, lebih banyak sel didedahkan kepada cahaya matahari dan lebih tinggi kadar fotosíntesis.

2. Susunan daun
• Tegak : susunan daun menegak seperti pokok padi . Keseluruhan permukaan daun terdedah kepada cahaya matahari.
• Mendatar: susunan daun mendatar seperti pokok cili, cahaya tertumpu di bahagian atas daun.

3. Topografi
• Merujuk kepada bentuk muka bumi yang tidak rata dan tinggi rendah.
• Permukaan bumi yang rata, bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari dan akan menerima lebih cahaya.

4. Naungan
• Naungan seperi pokok besar dan bangunan boleh mengurangkan cahaya yang diterima oleh tumbuhan.
• Jenis tanaman yang sesitif terhadap cahaya matahari perlu naungan.

Kaedah untuk mendapatkan cahaya yang optimum.

1. Memilih tapak yang sesuai
- kawasan rata
- lapang
- jauh dari bangunan tinggi dan pokok besar

2. Menaman pada jarak yang sesuai
- mengurangkan persaingan antara pokok
- menggunakan tanah secara maksimum
- contoh corak tanaman: segi empat,, segi tiga dan siku keluang.

3. Menyediakan sokongan.
- sokongan seperti kayu tunggal untuk lada hitam, kayu junjung untuk kacang panjang dan berpara untuk peria , dapat membantu pokok memanjat dan mendapat cahaya yang optimum

4. Mengawal rumpai
- Rumpai perlu dikawal untuk mengelak ia bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya.
- Selain itu rumpai juga bersaing untuk air dan nutrien.

5. Membekalkan cahaya tiruan
- lampu tiruan yang boleh digunakan ialah:
• lampu pijar : membekalkan cahaya buru hingga inframerah. Namun, penggunaan tenaga elektrik lampu jenis ini tidak lengkap.
• Lampu pendaflour: penggunaan elektrik lampu jenis ini lengkap. Namun bekalan cahaya merah dan inframerah kurang.

6. Menanam tanaman selingan.
- Contoh menanam pisang di kawasan tanaman koko. Pokok pisang dapat menjadi naungan kepada pokok koko yang masih muda.
- Di samping itu, penggunaan ruang tanah maksimum dan dapat menyumbangkan hasil dalam jangka masa pendek.

7. Mencantas:
- mencantas ialah membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
- Dengan itu cahaya matahari boleh sampai dan diterima oleh bahagian-bahagian lain tumbuhan.

SUHU

Kesan suhu kepada tumbuhan:

1. Percambahan biji benih.
Suhu terlalu rendah seperti di dalam peti air, mengganggu percambahan biji benih. Begitu juga suhu terlalu tinggi.
2. Transpirasi.
Kadar transpirasi meningkat bila suhu meningkat

3. Kualiti hasil
Hasil yang dituai seperti sayuran dan buah-buahan perlu diletakkan di tempat sejuk kerana bila suhu rendah, respirasi dan aktiviti enzim lambat. Ini menyebabkan hasil tanaman lambat rosak dan boleh disimpan lama.
4. Fizikal tumbuhan
Suhu yang terlalu panas akan membantutkan pertumbuhan dan boleh mencederakan tanaman.

Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai.

1. Memilih tapak yang sesuai
Jika hendak menanam tanaman seperti strawberi, teh, kobis dan bunga-bungaan, eloklah tanam di tanah tinggi seperti Cameron Highlands kerana suhunya rendah.

2. Menyediakan naungan
Naungan membantu mengurangkan kesan suhu
Naungan sesuai dibuat untuk tumbuhan yang bertisu lembut atau anak benih yang baru dialih ke ladang.
Naungan yang sesuai adalah seperti jaring hitam atau hijau.

AIR

Kesan air:
1. Fotosintesis
 Jika air kurang, daun layu, liang stoma akan tertutup. Tumbuhan tidak dapat menyerap karbon dioksida dan proses fotosintesis terganggu.
2. Penyerapan dan translokasi nutrien
 Air ialah pelarut utama nutrien.
 Ia juga medium untuk tindakbalas biokimia.
 Air mengangkut bahan terlarut dari akar ke bahagian lain melalui xilem.
 Air mengangkut bahan tersintesis di daun hasil proses fotosintesis melalui floem.

Kaedah mendapatkan air yang mencukupi.

1. Pengairan: membekalkan air kepada tanaman dengan mencukupi.
2. Saliran: mengeluarkar air yang berlebihan dari kawsasan penanaman dengan membuat parit.

ANGIN

1. Transpirasi
 Bila angin bertiup kencang, kadar transpirasi bertambah.

2. Pendebungaan
 Angin menjadi agen pendebungaan dengan memindahkan debunga janta ke stigma bunga betina.

3. Penyebaran penyakit dan perosak
 Angin boleh mneiup spora kulat menyebabkan penyebaran penyakit seperti karat, bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
 Angin juga boleh memindahkan serangga seperti afid, trip dan ulat bungkus.
4. Fizikal tumbuhan
 Tumbuhan mungkin tumbang atau patah bila ditiup angin kencang.

Amalan untuk mengelakkan kerosakan oleh ribut.

1. Adang angin
 Pokok besar boleh ditanam di sekeliling ladang untuk mengadang angin.

2. Memilih tapak
 Jangan menanam pokok-pokok yang mudah rosak seperti pisang atau sesetengah klon getah di tempat laluan angin kencang.

3. Menyediakan sokongan
 Buat sokongan untuk anak pokok atau pokok yang mudah tumbang.

Nota: Pertanian di Malaysia

SAINS PERTANIAN/TINGKATAN 4/NOTA

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA

1. Pengeluaran bahan makanan
- Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
- Mengurangkan kos import bahan makanan
- Memenuhi keperluan keselamatan negara

2. Pengeluaran bahan mentah
- Bahan mentah untuk keperluan industri
- Contoh: getah –tayar, kelapa sawit – minyak masak dan lain-lain.


3. Pendapatan elsport
- Jualan hasil pertanian (getah, kelapa sawit, koko dll)
- Aliran masuk wang asing meningkat
- Meningkatkan KDNK negara.

4. Peluang pekerjaan
- Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
- Kumpulan utama ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan.

JENIS-JENIS TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA DAN TABORANNYA.

1. Kelapa sawit:
- Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
- Pahang ( Jengka, Pahang Tenggara)
- Perak (Teluk Intan, Sungai Siput, Trolak)
- Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)

2. Getah:
- Johor
- Pahang
- Perak
- Kedah

3. Koko:
- Perak (Teluk Intan)
- Selangor (Sabak Bernam)

5. Kelapa:
- Selangor (Sabak Bernam)
- Perak (Teluk Intan, Bagan Datoh)
- Sabah (Lahad Datu, Tawau)

6. Padi:
- MUDA (Kedah – Perlis)
- Dataran Kelantan
- Seberang Perak
- Krian-Sungai Manik

7. Sayuran:
- Cameron Highlands
- Lembah Kinta
- Kundasang

8. Buah-buahan:
- Durian: Batu Kurau, Bukit Gantang
- Rambutan: Pulau Pinang, Muar
- Limau Bali: Ipoh

9. Teh:
- (Tanah tinggi)Cameron Higlands, Kundasang
- (Tanah Pamah) Banting

10. Lembu /Kerbau:
- Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang

11. Ayam:
- Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor

12. Khinzir:
- Negeri Sembilan, Perak, Selangor.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN TANAMAN DAN TERNAKAN

1. Faktor iklim:
• Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk getah dan padi.
• Kawasan tanah tinggi – suhu rendah, sesuai untuk sayuran
• Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

2. Faktor Sejarah:
• Zaman sebelum penjajahan – tanaman sara diri (padi, kelapa)
• Zaman penjajahan – Getah, kelapa sawit.
- Imigran Cina: ayam dan khinzir
- Imigran India: Lembu LID

• Selepas merdeka – pelbagai tanaman.

3. Faktor ekonomi:
• Pasaran – hasil mudah dipasarkan
• Infrastruktur – Kemudahan asas (pengangkutan, air, elektrik).

4. Faktor Dasar Kerajaan:
• Dasar Pertanian Negara
• Pembukaan kawasan baru
• Subsidi dan insentif

TREND PERTANIAN DI MALAYSIA

1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
• Untuk mengelakkan pergantungan kepada satu sumber pertanian sahaja.
• Menambah pendapatan,
• Mempelbagaikan ekonomi
• Meluaskan pasaran hasil pertanian
• Contoh: Lebah madu, rusa, burung unta , puyuh, herba

2. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
• Memperolehi pertukaran wang asing
• Meningkatkan pendapatan eksport
• Hasil yang berpotensi di eksport: belimbing, manggis, jambu batu, kekwa dll.
• Masalah: Cukai import tinggi, persaingan, kos penghantaran tinggi, sekatan sijil import, pembungkusan.

3. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
• Agrotourism , pelancongan berasaskan pertanian
• Contoh: Homestay, farmstay, kolam memancing ikan.
• Kaedah: Memajukan ladang komersial, kawasan ladang di tepi lebuh raya, museum dan taman pertanian, promosi.

4. Hubungkait pertanian dengan Landskap
• Landskap ialah pemandangan atas daratan seperti mukabumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan.
• Perlandskapan ialah kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.
• Bertujuan untuk menghasilkan pemandangan yang menarik, bernilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan

5. Ladang kontrak
• Perjanjian rasmi antara pengusaha pertanian dengan pembeli.
• Tujuan: mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hadapan.
• Pengusaha dapat memasarkan hasil
• Pengusaha tidak memerlukan modal banya untuk memulakan perusahaan serta mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain kerana disediakan oleh pembeli. (Contohnya penternak ayam untuk KFC).
• Pembeli pula mendapat bekalan pada masa yang ditetapkan, harga tetap mengikut persetujuan dan mendapat bekalan mengikut kualiti dan kuantiti yang dipersetujui.

6. Penggabungan ladang kecil
• Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok
• LPP membekalkan input pertanian dan membantu pemasaran
• Membantu ahli menjaga dan mengurus ladang
• Hasilnya, produktiviti ladang meningkat, pendapatan juga meningkat.

7. Perhutani
• Perhutani ialah kegiatan pertanian digabungkan dengan perhutanan.
• Ini dapat mengatasi masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal, dan mengurangkan permintaan tanah baru.
• Contoh: tanaman rotan dalam kebun getah.

ISU PERTANIAN DI MALAYSIA

1. Produktiviti:
• Produktiviti ialah kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
• Isunya ialah: penggunaan tenaga buruh masih tinggi dan sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
• Daya pengeluaran rendah
• Saiz ladang kecil, oleh itu sukar menggunakan teknologi

Untuk mengatasi masalah produktiviti,
• pekebun kecil menggunakan klon-klon getah baru, teknik penorehan baru, pengairan moden .
• Menggabung ladang kecil membentuk ladang kelompok.
• Perladangan campuran, contohnya pisang dalam kebun kelapa, koko dalam kebun kelapa sawit
• Menggunakan teknologi – contoh kultur tisu, baka yang tahan penyakit.

2. Ketidakstabilan harga:
• Harga turun naik kerana pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan atau pengeluaran melebihi permintaan.
• Hasil pertanian cepat rosak dan tempat penyimpanan terhad.
• Kos pengeluaran semakin meningkat.

Langkah mengatasi
• Memproses hasil pertanian
• Agensi kerajaan membeli dengan banyak untuk dijadikan stok
• Hapuskan penggunaan orang tengah
• Memperkenalkan harga minimum
• Hasil ternakan mahal kerana bahan makanan ternakan mahal, oleh itu perlu cari alternatif lain untuk makanan ternakan.

3. Penyebaran dan pengamalan teknologi baru.
• Penggunaan teknologi dapat menjana pengeluaran hasil pertanian dan negara dapat mengeksport lebih banyak bahan pertanian. Pertukaran wang asing dapat ditingkatkan.
• Contoh: Fertigasi, hidroponik, smart pot.

4. Pendidikan dan latihan.
• Petani masih lagi mengamalkan kaedah tradisional , oleh itu pendapatan mereka kurang.

Langkah mengatasi
• Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan untuk petani untuk melahirkan petani dan penternak berdaya maju dan inivatif, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

5. Penghijrahan penduduk
• Penduduk desa berhijrah ke bandar kerana faktor sosial dan ekonomi.
• Ekonomi: Pendapatan di bandar lebih tinggi dan bidang pertanian banyak risiko seperti serangan penyakit, kemarau dan banjir. Pendapatan petani kurang terjamin.
• Sosial: Infrastruktur, gaya hidup dan kemudahan lain seperti pendidikan dan perubatan lebih selesa di bandar.
• Pertanian tidak dapat dijalankan dengan efisien(berkesan).

Langkah mengatasi
• Kerajaan membawa industri kilang ke desa untuk menyediakan peluang pekerjaan. Tidak perlu hijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
• Menggalakkan belia terutama siswazah mengusahakan pertanian secara profesional dan komersial.

6. Pencemaran alam sekitar
• Punca pencemaran akibat pertanian ialah
- sisa bahan pertanian seperti sisa getah dan kelapa sawit
- sisa racun perosak
- asap pembakaran terbuka bila tanah baru dibuka boleh mengakibatkan jerebu
- industri ternakan membuang najis secara tidak teratur seperti ternakan khinzir
- gas metana yang terhasil dari pereputan kompos dan sisa pertanian
- hakisa tanah

Langkah mengatasi:
• Kitar semula sisa pertanian untuk dijadikan makanan ternakan atau medium penanaman. Dengan ini, sisa tidak perlu dibakar atau dibiarkan reput.
• Air yang tercemar boleh dirawat dengan kaedah biologi.
• Menguatkuasakan undang-undang, seperti melarang pembakaran terbuka dan menjaga kebersihan ladang ternakan .
• Kurangkan penggunaan racun perosak, lebih baik gunakan kaedah kawalan biologi, menanam secara organik dan gunakan rumah kalis serangga untuk elakkan penggunaan racun perosak.

7. Kekurangan buruh:
• Punca:
- Penduduk tidak berminat bekerja di sektor pertanian.
- Penghijrahan ke bandar
- Persepsi masyarakat, kerja di bidang pertanian pendapatan kurang.
- Sektor pertanian berisiko seperti serangan penyakit dan bencana alam.
-
Langkah mengatasi:
• Untuk menarik minat belia, gunakan teknologi baru seperti tanaman hidroponik, fertigasi dan tanaman di bawah lindungan hujan.
• Menggunakan mekanisasi untuk mengurangkan beban kerja.
• Menggunakan bioteknologi untuk mendapatkan pulangan yang lebih lumayan.

PERANAN INSTITUSI DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN

1. Infrastuktur:
• Menyediakan pengairan,
• saliran,
• jalan raya,
• sistem komunikasi
• elektrik
• air

Institusi yang terlibat:
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Federal Land Development Ascociation (FELDA)
- RISDA
- JKR

2. Penyelidikan dan pembangunan:
• Menyelidik kaedah pengeluaran
• Baka baru yang lebih baik
• Pemprosesan
• Pembungkusan
• Pengangkutan

Institusi yang terlibat:
- MARDI
- RRIM
- PORIM

3. Memberi khidmat nasihat dan latihan
• Menyediakan latihan tentang amalan teknologi baru untuk menanam, menyelenggara dan memproses.
• Menyediakan agen-agen pengembangan untuk membuat kursus, lawatan dan penyeliaan.

Institusi yang terlibat:
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perkhidmatan Haiwan
- Lembaga Pertubuhan Peladang

5. Menyediakan peluang pekerjaan
• Pekerjaan sebagai penyelidik
• Pegawai pengembangan
• Agen pemasaran

Institusi yang terlibat:
- MARDI
- RRIM
- LPP
- FAMA



6. Menyediakan bantuan kewangan
• Memberi pinjaman dan peruntukan untuk modal perusahaan pertanian

Institusi terlibat:
- Agro Bank
- LPP
- Jabatan Pertanian

7. Membuat penyeliaan
• Menyelia dan memantau kegiatan petani supaya sentiasa mematuhi undang-undang, seperti tidak menggunakan racun terlalu banyak, mengawal penyakit daripada merebat dan memeriksa mutu hasil pertanian,

Institusi yang terlibat:
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perkhidmatan Haiwan
- BERNAS

8. Membantu pemasaran
• Mendapatkan pembeli
• Menyediakan kemudahan memproses
• Menyediakan ruang untuk menyimpan
• Menyediakan pengangkutan
• Memasarkan

Institusi yang terlibat:
- FAMA
- MARDEC
- BERNAS
PETA MINDA
Peta minda membantu pelajar dalam banyak segi.
Anda menggunakan kedua-dua bahagian kiri dan kanan otak anda bila membuat peta minda. Peta minda mengandungi perkataan utama atau konsep; di sekeliling perkataan utama dilukiskan lagi 5 – 10 isi penting yang berkaitan dengan konsep tadi. Di sekeliling isi penting dilukiskan lagi 5 – 10 anak-anak kepada setiap isi penting itu tadi. Kaedah ini memudahkan semua isi berkaitan dapat dipapar secara visual dengan mudah. Setelah anda dapat menguasai kaedah ini, bacaan teks sudah kurang selesa bagi anda.

Kegunaan Peta Minda.

Mengambil atau membuata nota semasa guru mengajar.
Kebaikan mengambil nota dengan kaedah peta minda ialah:
- anda boleh meletakkan terus idea yang berkaitan terus di tempatnya, tanpa mengira turutan ia dibentangkan oleh guru anda.
- Penggunaan perkataan dapat dikurangkan , satu patah perkataan sudah memadai. Anda boleh menggunakan key-word anda sendiri. Ini memudahkan anda mengingati pengajaran guru.
- Pembelajaran anda lebih bersistematik, berkesan, dan dapat meningkatkan prestasi akademik anda.
- Peta minda yang terhasil boleh dilihat oleh mata dan dirakam di dalam kotak ingatan dengan lebih berkesan.

Meringkaskan karangan
- Peta minda boleh menjadi alat penting untuk menyunting, mencari isi mana yang lebih penting.
- Ayat lengkap boleh ditulis dengan menggunakan isi-isi yang tercatat di dalam peta minda.

Memudahkan ulang kaji.
- Catatkan fakta dalam bentuk peta minda.
- Catatkan perkataan utama , seperti tajuk yang diulangkaji, kemudian sewaktu mentelaah, apabila terjumpa isi penting, tambahkan ke peta minda.
- Satu tajuk panjang boleh diringkaskan sehingga satu muka surat sahaja apabila menggunakan peta minda.
- Untuk menguji kefahaman dan ingatan anda tentang tajuk berkenaan, lukis semula peta minda berkenaan berdasarkan ingatan anda.Mudah bukan?

Mengulangkaji dalam kumpulan.
Sekumpulan pelajar boleh bekerjasama semasa mengulangkaji menggunakan langkah berikut:
- Setiap individu ambil sub-topik yang berlainan.
- Setiap individu melukis peta minda tentang sub-topik yang dibacanya.
- Bentangkan kerja individu.
- Gabungkan peta minda ahli-ahli kumpulan.
- Kaedah ini lebih menjimatkan masa, meriah dan mengurangkan rasa bosan dan mengantuk!

Semasa bermesyuarat
- Kaedah bermesyuarat yang kreatif ialah setiap ahli mesyuarat diberi masa beberapa minit untuk menjana idea yang berkaitan seperti mana kehendak mesyuarat.
- Idea-idea setiap ahli mesyuarat dipaparkan di atas peta minda utama dan setiap idea bolehlah dibincangkan dengan lebih terperinci. Dengan cara ini semua ahli mesyuarat dapat menyumbang idea walaupun dia seorang pendiam atau pemalu.

Membuat ucapan
Kelebihan nota ucapan yang dibuat menggunakan peta minda ialah:
- Ringkas: hanya satu muka surat yang diperlukan. Tidak perlu merisaukan audien apabila anda naik ke pentas dengan membawa berhelai-helai teks ucapan.
- Anda berucap dan tidak membaca teks: Anda bercakap secara spontan menggunakan perkataan yang ada pada peta minda anda. Hasilnya, anda nampak lebih yakin, bersedia dan ucapan anda lebih dihayati oleh audien.
- Lebih fleksibel : Semasa berucap, mungkin ada audien yang bertanya soalan. Sekiranya anda menghafal teks ucapan , anda mungkin tercari-cari semula di mana anda berhenti tadi. Audien akan tersenyum-senyum apabila melihat anda kelam kabut menyelak-nyelak teks ucapan.

BAGAIMANA UNTUK MEMBINA PETA MINDA.
Gunakan kata kunci atau imej yang sesuai.
Jangan guna tulisan sambung supaya isi nampak jelas.
Bermula daripada tengah-tengah muka surat. Muka surat diletakkan secara mendatar atau landskap. Bukankah susunan kedua-dua mata kita secara mendatar?
Lukis tajuk utama di tengah dengan jelas dan terang kerana ia ibu lepada peta minda anda.
Rangkakan subtopik.
Letak key-word di atas garisan yang sama. Isi-isi akan Nampak lebih jelas.
Gunakan warna-warna berlainan untuk menonjolkan lagi bahagian penting.
Apa-apa yang kelihatan menonjol di peta minda akan menonjol dalam ingatan,
Berfikirlah secara 3 dimensi.
Gunakan anak panah, simbol atau imej yang dapat menunjukkan pertalian antara elemen. Ini menambahkan kemeriahan dan keceriaan peta minda anda.
Sekiranya idea anda tersekat, jangan buang masa, teruskan ke ranting lain.
Lampaui sempadan. Sekiranya ruang sudah tiada, jangan buat semula di atas kertas lain, tapi tampal atau buat sambungan kertas. (Tinggalkan mentaliti 8 x 11in)
Berkreatiflah. Kreaviti menguatkan ingatan.
Buatlah peta minda anda dengan perasaan seronok.