Tuesday, April 21, 2009

song to sing

Terminologi penting untuk pelajar Sains Pertanian

Terminologi atau kata lainnya ialah istilah. Berikut adalah istilah yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar sains pertanian. Khasnya untuk menjawab kertas 1.
  1. Transpirasi - kehilangan air daripada tumbuhan melalui proses penyejatan
  2. Fotosintesis - proses penghasilan karbohidrat dan oksigen oleh tumbuhan hijau, berlaku di dalam kloroplas dengan menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga. Bahan mentahnya ialah karbon dioksida dan air.
  3. Kefotokalaan - reaksi tumbuhan terhadap perbezaan siang dan malam. Ada dua jenis tumbuhan, iaitu tumbuhan siang panjang dan tumbuhan malam panjang.
  4. Translokasi - pengangkutan bahan nutrien di dalam tumbuhan daripada akar ke bahagian lain tumbuhan. Jangan lupa!, agen pengangkutannya ialah air.
  5. Penyerapan - Penyerapan air dan nutrien oleh akar tumbuhan dari tanah.
  6. Tekstur tanah - Peratus perbandingan kumin liat, loam dan pasir. Tekstur tanah boleh ditentukan dengan kaedah mendapan dan kaedah medan. Walaubagaimanapun, kaedah mendapan lebih tepat.
  7. Struktur tanah - Susunan kumin tanah, antara susunannya ialah bongkah, butir rapuh, berlapis, kolumnar, prismatik dan tiada struktur - pasirlah tu.
  8. pH tanah - Keasidan atau kealkalian sesuatu tanah.

Monday, April 20, 2009

Kerja-kerja ladang - Dahulu, Siksa...

Ternakan berjasa!
Kerbau digunakan untuk menarik bajak

Tak ada kerbau! Wanita-wanita ini sedang menarik alat membajak (di Peranchis)



Kerja-kerja ladang - Sekarang Senang.

Jentera pembajak
Jentera penuai kombin

Jentera penanam



mekanisasi ladang

Takrif:
Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk melakukan kerja-kerja di ladang .

Contoh kerja ladang:
  1. Penyediaan tanah
  2. penanaman
  3. menyiram
  4. merumput
  5. menuai
  6. memberi makanan dan minuman
  7. memungut hasil
  8. menggred hasil

Faedah mekanisasi ladang:

Mekanisasi ladang penting kerana:

1. Menjimatkan masa - masa kerja dapat dijimatkan kerana kerja dapat dilakukan dengan cepat bila mesin digunakan. Kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.

2. Menjimatkan pekerja - penggunaan pekerja dapat dikurangkan kerana mesin dapat melakukan kerja yang dilakukan sekumpulan pekerja secara serentak. Ini dapat mengurangkan kos upah.

3. Kerja lebih berkesan - Hasil kerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan dengan penggunaan jentera berbanding manusia. Contohnya, menyediakan lubang penanaman, penyiraman, membuat parit, hasil kerja menggunakan jentera lebih baik jika dilakukan dengan menggunakan jentera, kerana mengambil faktor yang manusia akan penat, bosan dan sebagainya.

4. Menepati masa - Oleh kerana kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat bila petani menggunakan jentera, kerja dapat disiapkan dengan cepat, dan mengikut masa yang ditetapkan.

5. Memudahkan kerja - Kerja berat yang memerlukan kekuatan tenaga kerja yang ramai akan menjadi mudah dengan menggunakan jentera. Contohnya membajak ladang yang luas, akan jadi lebih mudah dengan penggunaan jentera.

Monday, April 13, 2009

Latihan bab landskap untuk pelajar KHB Pertanian Tingkatan 3

http://www.4shared.com/file/98298790/2cbb9160/ujian_april_kh.html
Klik URL di atas untuk latihan topikal landskap khb Pertanian.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PSK





11 April 2009, dalam program khidmat masyarakat, sekumpulan pelajar dari kelas 3Prihatin dan cikgu cuba membangunkan sebuah taman dipintu masuk kedua sekolah. Agar kehadiran kami ke sekolah di sambut dengan pemandangan yang menyenangkan , seterusnya menceriakan our hard day at school. Buat masa ini laluan pintu masuk utama bagaikan sebuah zon perang atau boleh juga diibaratkan tapak peninggalan sejarah kerana tiang, pintu gerbang yang bergelimpangan. Semoga cita-cita kami untuk mendapatkan laluan masuk yang indah dan ceria tercapai, how hard or how long it takes.