Wednesday, June 10, 2009

Penyediaan rumah cendawan

Rumah cendawan yang sedia ada telah dibaik pulih. Pejabat Pertanian Pendang dengan murah hati telah membekalkan 100 keping atap nipah untuk tujuan ini. Pelajar pun pasanglah sendiri. Cantik ke tak cantik ke biar lah asal siap dan boleh digunakan.
Fuad, sempat jugak posing sambil pasang atap tu.

Jangan jatuh dah. Teruk cikgu nak jawab nanti. Walaubagaimanapun , berkat kerjasama semua, rumah dapat disiapkan dengan ,, well.. agak sempurna. Dan yang pentingnya semua selamat, tak ada yang jatuh, tergolek , tergeliat, dan sebagainya.
Rumah cendawan mesti lah memberi persekitaran yang sejuk untuk pertumbuhan cendawan. Sebab itulah atap nipah digunakan. Pencahayaan pula , tidak terlalu terang dan
tidak juga terlalu gelap. Sebelah dalam dilapik dengan guni rami supaya dapat memegang air yang disiram apabila cendawan dah tumbuh nanti. Bahagian bawah biarkan air bertakung
untuk menyejukkan persekitaran. Bahaya ni, kena cari ikan guppy supaya tak jadi
pusat pembiakan nyamuk. Tambahan musim cikungunya dan denggi ni, Pejabat Kesihatan meronda secara intensif. Tak pasal-pasal je kami kena saman nanti.


cerita cendawan

Beg medium siap disusun di belakang bengkel KH menunggu masa untuk di kukus.

Petani moden ... beg cendawan sedang diangkut. Sambil projek ini berjalan, pelajar bukan sahaja dapat pengalaman menanam cendawan , tetapi juga menanam sifat ... apa yang penting? ... Kerjaaa sama. Selain tu, kesabaran, ketekunan, kerajinan dan tak lupa juga, bila banyak peluh keluar, badan pun jadi sihat.. kan!

Cerita tentang cendawan

Untuk memudahkan, kali ini medium dibeli sahaja daripada seorang pengusaha cendawan di Tanah Merah. Sebab, bab nak menyediakan medium ni memang cerewet. Selain nak cari bahan, prosesnya memakan masa dan guna tenaga yang banyak. Cikgu pun kena pot-pet lebih untuk memastikan kerja berjalan dengan lancar. Bila cikgu dah letih mulalah nak marah-marah dan anak muridpun tarik muncung. Untuk elakkan perkara begini, cikgu order je lah medium. Harganya RM1.00 untuk satu beg. Quite reasonable berbanding dengan pembekal lain.

Cikgu dengan Pn. Rozita, pengusaha cendawan yang bakal berjaya. Terima kasih Pn Rozita yang datang ke tapak projek kami dan memberikan nasihat-nasihat berguna. Pn. Rozita ni lah yang membekalkan medium cendawan... dan seterusnya benih yang tak berapa nak cukup.

Projek tanam cendawan

Beg medium cendawan dimasukkan ke dalam tong drum untuk
dikukus selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Pada hari guru 16/Mei yang lepas, peperiksaan direhatkan untuk memberi laluan kepada sambutan hari guru peringkat sekolah. Kesempatan ini diambil oleh pelajar 5 SP untuk meneruskan projek tanaman cendawan mereka yang kesuntukan waktu kerana sekarang peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan. Mereka korbankan sambutan hari guru, dan jalankan projek cendawan.
Tanam cendawan ini teruk masa nak mula saja. Bila proses kukus dan suntik benih dah selesai, just wait and see saja lebih kurang sebulan. Boleh relax terus. Tapi masa nak mula tu, kenalah angkut-mengangkut tong gas, dapur, tong drum, medium. Semua peralatan mesti bersih, basmi kuman, kerana cendawan tergolong dalam bio teknologi, takut yang ditanam tak tumbuh, cendawan lain pulak yang tumbuh. Ini semua melibatkan kos.