Friday, February 11, 2011

Amali Bedahsiasat sistem pencernaan ayam (10/2/2011)



Pakar-pakar bedah dan hasil kerja mereka.

Bahan dan Alatan:
seekor ayam yang telah disembelih
dulang
pisau/gunting bedah
Kaedah:


1. Letakkan ayam di atas dulang bedah.
2. Potong melintang di bahagian tembolok.
3. Masukkan jari melalui potongan dan longgarkan bahagian dalaman ayam.
4. Potong memanjang dari tembolok ke abdomen hingga ke kloaka
5. Buka abdomen ayam
6. Keluarkan organ pencernaan ayam.
7. Basuh dan letakkan dalam dulang.
8. Perhatikan bahagian pencernaan ayam.
9. Lukis dan labelkan organ pencernaan ayam.
Langkah keselamatan:


Gunakan alat yang betul dan berhati-hati semasa membuat pembedahan.

Thursday, February 10, 2011

Amali mengetut tanaman

Bahan dan alatan: hormon pengakar dan pisau cantuman, tali rafia dan plastik politena.
Pilih ranting yang sesuai untuk dibuat tut. Buat dua kelaran atas dan bawah dengan jarak 3 cm.
Kopek kulit kayu, kikis kambium sehingga putih. Sekiranya ada lagi sel kambium, kulit pokok akan tumbuh kembali. Sapukan hormon pengakar di bahagian atas kelaran.
Tempekkan medium pada kelaran.

Medium yang telah ditempek dengan kemas.
Balut dengan plastik poletena dengan kemas.
Ikat bahagian atas dan bawah medium dengan kemas.
Tinggalkan selama 5 - 7 minggu. Tut yang berjaya akan mengeluarkan akar seperti di atas.

Menyediakan medium untuk membuat tut ... amali pembiakan tanaman

Amali kawalan perosak dengan kaedah kimia (boys)

Amali dijala




nkan semasa tingkatan 4.

Amali kawalan perosak dengan kaedah kimia (Girls)