Monday, April 18, 2011

Menguji tanah..

Kaedah medan.
Lembabkan sampel tanah, kepal tanah, buat beberapa bentuk seperti bentuk rod, bola, gelang dan U. Tekstur tanah boleh ditentukan dengan kaedah ini, sekiranya bentuk senang dibuat, maka tanah itu tanah liat dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, kaedah ini kurang tepat, tetapi boleh juga digunakan jika mahukan keputusan yang cepat dan cara yang mudah.
Berikut adalah beberapa aksi pengkaji tanah dan tanah yang mereka kaji.
r
o

Baru nak mula

Orang kata better late than never, perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan jangan malas-malas lagi... teruskan.

Sebenarnya cikgu cakap tentang projek sains pertanian di SMKSI. Sejak awal tahu, tapak sains pertanian sunyi sepi saja, tanpa kunjungan guru ataupun pelajar. Agak terbiar, maka sekarang, masa untuk menyingsing tangan untuk memulakan projek. Lagi pun, cikgu ajak terlaju dalam menghabiskan sukatan, jadi ada masa untuk buat projek ni. Bersesuaian dengan sukatan yang baru dihabiskan, bioteknologi, pertanian persekitaran terkawal dan teknologi pengairan titisan, maka sekarang untuk hands on. Maka tiga projek mega... wahhh... perlu di teruskan. By hook or by crook, menggenggam bara api biar sampai jadi abu, alang-alang menyelok perkasam biar sampai ke pangkal lengan... dan apa lagi pepatah yang sesuai untuk nya.

Jangan biarkan sebarang halangan melemahkan semangat kita. Kita redah je, semoga berjaya.

Kesungguhan membuahkan kejayaan...