soalan kuiz:
Terangkan ciri-ciri soalan untuk kertas 1.
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, June 10, 2009
Penyediaan rumah cendawan
Rumah cendawan mesti lah memberi persekitaran yang sejuk untuk pertumbuhan cendawan. Sebab itulah atap nipah digunakan. Pencahayaan pula , tidak terlalu terang dan
tidak juga terlalu gelap. Sebelah dalam dilapik dengan guni rami supaya dapat memegang air yang disiram apabila cendawan dah tumbuh nanti. Bahagian bawah biarkan air bertakung
untuk menyejukkan persekitaran. Bahaya ni, kena cari ikan guppy supaya tak jadi
pusat pembiakan nyamuk. Tambahan musim cikungunya dan denggi ni, Pejabat Kesihatan meronda secara intensif. Tak pasal-pasal je kami kena saman nanti.
cerita cendawan
Cerita tentang cendawan
Projek tanam cendawan
dikukus selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Pada hari guru 16/Mei yang lepas, peperiksaan direhatkan untuk memberi laluan kepada sambutan hari guru peringkat sekolah. Kesempatan ini diambil oleh pelajar 5 SP untuk meneruskan projek tanaman cendawan mereka yang kesuntukan waktu kerana sekarang peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan. Mereka korbankan sambutan hari guru, dan jalankan projek cendawan.
Tanam cendawan ini teruk masa nak mula saja. Bila proses kukus dan suntik benih dah selesai, just wait and see saja lebih kurang sebulan. Boleh relax terus. Tapi masa nak mula tu, kenalah angkut-mengangkut tong gas, dapur, tong drum, medium. Semua peralatan mesti bersih, basmi kuman, kerana cendawan tergolong dalam bio teknologi, takut yang ditanam tak tumbuh, cendawan lain pulak yang tumbuh. Ini semua melibatkan kos.
Tuesday, May 12, 2009
PERIKSA DATANG LAGI
Tuesday, April 21, 2009
Terminologi penting untuk pelajar Sains Pertanian
Terminologi atau kata lainnya ialah istilah. Berikut adalah istilah yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar sains pertanian. Khasnya untuk menjawab kertas 1.
- Transpirasi - kehilangan air daripada tumbuhan melalui proses penyejatan
- Fotosintesis - proses penghasilan karbohidrat dan oksigen oleh tumbuhan hijau, berlaku di dalam kloroplas dengan menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga. Bahan mentahnya ialah karbon dioksida dan air.
- Kefotokalaan - reaksi tumbuhan terhadap perbezaan siang dan malam. Ada dua jenis tumbuhan, iaitu tumbuhan siang panjang dan tumbuhan malam panjang.
- Translokasi - pengangkutan bahan nutrien di dalam tumbuhan daripada akar ke bahagian lain tumbuhan. Jangan lupa!, agen pengangkutannya ialah air.
- Penyerapan - Penyerapan air dan nutrien oleh akar tumbuhan dari tanah.
- Tekstur tanah - Peratus perbandingan kumin liat, loam dan pasir. Tekstur tanah boleh ditentukan dengan kaedah mendapan dan kaedah medan. Walaubagaimanapun, kaedah mendapan lebih tepat.
- Struktur tanah - Susunan kumin tanah, antara susunannya ialah bongkah, butir rapuh, berlapis, kolumnar, prismatik dan tiada struktur - pasirlah tu.
- pH tanah - Keasidan atau kealkalian sesuatu tanah.
Monday, April 20, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




Jentera pembajak
