Tuesday, August 26, 2008

Nota: Tanah

TANAH

Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
Ia mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

Lapisan tanah:
• Tanah atas
- ada sisa tumbuhan dan haiwan.
- Ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur.
- Pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi.
- Akar dapat tumbuh dengan baik.
- Merupakan tempat tinggal organisma tanah.

• Tanah Bawah:
- Berada di bawah tanah atas
- Tanah lebih padatn dan keras, menghalang pertumbuhan akar dan pengaliran air.
- Mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap
- Hanya sedikit organisma tanah tinggal di sini.

• Batuan :
- Bahan induk tanah
- Alami proses luluhawa

Kepentingan Tanah.

1. Memberi sokongan kepada akar
- akar mencengkam tanah dan dapat tumbuh tegak.
- Bila pokok tumbuh tegak, ia dapat menerima cahaya.

2. Membekalkan nutrien
- Tanah tempat menyimpan nutrien
- Organik yang reput menjadi nutrien
- Baja yang beri juga terkumpul di dalam tanah

3. Membekalkan oksigen dan air kepada tumbuhan
• Udara tanah
- Mengandungi gas CO2 dan O2.
- CO2 lebih banyak dalam tanah Kerala ada respirasi akar, organisma dan pereputan bahan organik.
• Air tanah
- wujud dalam bentuk lapisan air, wap air dan cecair.



Komponen tanah;

1. Bahan mineral (45%)
 Terdiri dari kumin mineral seperti pasir, kelodak dan liat hasil proses luluhawa.
2. Bahan organik
 Humus, hasil akhir pereputan sisa tumbuhan dan haiwan yang diurai oleh bacteria dan kulat.
 Ciri-ciri humus:
- stabil
- warna gelap
- tidak larut dalam air
- menyimpan air
- menyimpan kation
 Kebaikan bahan organik
- membekalkan nutrient kepada tumbuhan
- membaiki struktur tanah
- humus bertindak sebagai bahan pelekat yang melekatkan kumin-
kumin tanah dan membentuk agregat tanah.
- Susunan agregat ini dipanggil butir rapuh dan memperbaiki
pengudaraan dan saliran air tanah.
- bahan organik menambahkan daya penampungan air tanah, tanah pasir jika dicampur dengan bahan organik dapat memegang air.
- Ia juga menghalang kehilangan nutrien dalam tanah ; Pereputan bahan organi menghasilkan bahan becas yang dapat menarik ion.

3. Udara
 Karbon dioksida lebih banyak di dalam tanah berbanding atmosfera.
 Oksigen dalam tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah.

4. Air
 Air terdapat di celah rongga yang halus.
 Rongga tanah yang lebih besar terisi dengan gas.
 Ini memastikan bekalan oksigen untuk akar dan organisma tanah mencukupi.
 Ciri-ciri muatan air tanah:
- muatan medan (had basah) – kandungan air berlebihan dalam tanah mengalir keluar mengikut tarikan graviti.
- Tanah tepu air ; rongga tanah dipenuhi air
- Had layu (titik layu) ; air tiada, akar tidak dapat mengambil air menyebabkan pokok layu.



5. Organisma tanah
 Bakteria :
- membantu proses pereputan bahan organik
- penting untuk pengedaran C,N,P dan S dalam tanah.

 Aktinomisit:
- membantu proses pereputan

 Kulat:
- Pereputan
- Bersimbiosis dengan akar tumbuhan untuk memegang nutrien

 Nematod:
- membantu pereputan

 Alga:
- Melakukan proses fotosintesis
- Menukarkan CO2 kepada O2 di dalam sawah padi
- Menyerap N daripada udara dan diberikan kepada pokok padi

 Cacing tanah:
- menggaul hasil reputan daun di atas tanah ke bahagian dalam tanah
- memindahkan tanah dari satu lapisan ke lapisan lain
- membaiki udara dan saliran tanah melalui terowong yang dibina
- tinja cacing mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.



Sifat –sifat Fizikal Tanah

1. Warna tanah
• Warna tanah menggambarkan keadaan fizikal dan kandungan tanah.
• Warna menggambarkan kandungan bahan organi, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
• Tanah yang berwarna gelap lebih subur.
• Tanah yang pudar paling tidak subur.
• Carta warna Munsell boleh digunakan untuk membandingkan warna tanah.

2. Tekstur tanah
• Boleh dikesan dengan merasa dengan tangan atau kaedah mendapan.
• Tekstur tanah ialah peratus perbandingan antara pasir, kelodak dan liat tanah.
• Kepentingan tekstur tanah:
- bila tekstur kasar, air dan gas mudah dan gas boleh mengalir meresap.
- Teksur tanah halus, boleh menyimpan dan menyerap nutrien. Pemugaran sukar bila tekstur tanah halus.

3. Struktur tanah
• Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah.
• Jenis-jenis :
- Butir rapuh
- Berlapis
- Berblok
- Prismatik
- Kolumnar
- Tidak ada struktur – bongkat atau butir tunggal

• Tanah pasir tiada struktur.
• Struktur tanah yang paling baik ialah butir rapuh.
• Kepentingan struktur tanah:
- struktur tanah yang baik, air dan udara mudah meresap, oleh itu akar mendapat air dan oksigen yang mencukupi.
- struktur yang baik menambah daya tahan tanah terhadap hakisan
- struktur yang baik mengurangkan kesan toksik CO2 kerana udara mudah meresap keluar.

Sifat Kimia Tanah

pH tanah.
• Tanah tropika bersifat asid kerana menerima banyak hujan yang membekalkan banyak ion hidrogen.
• pH tanah boleh ditentukan dengan:
- Kaedah Kuhn (Penunjuk universal)
- Meter pH


Faktor-faktor yang mempengaruhi pH tanah:
1, Kandungan bahan induk
• Bahan asal dari mana tanah itu terbentuk. Contohnya, batu granit mengandungi aluminium yang bila berhidrolisis akan mengeluarkan ion hidrogen. Ini akan menurunkan pH tanah dan tanah menjadi berasid.

2. Larutresapan
• menyebabkan kehilangan ion Ca, Mg dan K.

3. Penggunaan baja kimia
• contohnya baja amonium sulfat akan hasilkan ion Nh+ .H+ menurunkan pH tanah.

4. Pereputan bahan organik
• Asid organik merendahkan pH tanah.

5. Penambahan asid karbonik dan asid nitrik.
6. Respirasi akar dan organisma tanah
• CO2 dihasilkan bertindakbalas dengan air menghasilkan asik karbonik.

Kesan pH kepada tanaman.

1. Ketersediaan nutrien:
 Walaupun nutrien dibekalkan kepada tanah, tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut kerana: bila pH rendah, ion ferum dan magnesium dibebaskan, tetapi bila pH tinggi, ion kalsium dan magnesium dibebaskan. Ion ini akan memegang ion yang terdapat di dalam nutrien menyebabkan tumbuhan tidak dapat mengambil nutrien tersebut.

2. Aktiviti mikrob
 Mikroorganisma yang bermanfaat kebanyakannya hidup pada Ph 5.5 – 7.8.
 Mikroorganisma yang menjalankan proses penitratan terjejas bila pH kuran 5.5.
 pH rendah merencatkan aktiviti cacing tanah.

3. Penyakit tumbuhan
 pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak sementara tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah. Ini menyebabkan tumbuhan mudah terkena penyakit.

UNSUR PERLU UNTUK PERTUMBUHAN TUMBUHAN


1. Makronutrien : O,C,H,N,P,K
2. Mikronutrien : Fe, B, Mn, Zn, Cu, Mo, dan Cl

Tanpa nutrien:
1. Tumbuhan tidak membesar dengan sempurna
2. Fungsi spesifik sesuatu nutrien tidak boleh diganti dengan nutrien lain

Fungsi nutrien:

NITROGEN:

Fungsi:
• Componen proteína untuk menghasilkan klorofil
• Mempercepatkan tumbesaran tumbuhan Kerana kadar fotosíntesis tinggi.

FOSFORUS:

Fungsi:
• Mempercepatkan pertumbuhan akar
• Mencepatkan kematangan bunga, buah dan pokok
• Menguatkan tangkai buah
• Menghasilkan tenaga diperingkat awal tumbesaran.

KALIUM:

Fungsi:
• Mempercepatkan pengeluaran bunga dan buah
• Memberi ketahanan terhadap penyakit
• Perlu untuk metabolisme kanji dan protein
• Mengaktifkan enzim

AMALAN UNTUK MEMBAIKI KEADAAN TANAH

Jenis-jenis tanah bermasalah di Malaysia:

1. Tanah asid sulfat

Ciri-ciri:
• Tanah liat
• pH kurang dari 3.5
• tanah tidak subur
• toksik aluminium, Fe dan Mn.

2. Tanah gambut

Ciri-ciri:
• Bahan organik tinggi
• Saliran tidak baik
• Tidak menyokong akar
• Tanah berasid
• Kurang nutrien Cu, Mn, Zn, Fe, Mo, Bo.

3. Tanah Bris
Ciri-ciri:
• Kandungan pasir tinggi
• Tanah tidak berstruktur
• Lapisan keras
• Daya simpanan air rendah
• Kurang air pada musim panas
• pH 4.3 – pH 5.8

4. Tanah Bekas lombong

Ciri-ciri:
• Pasir 80%
• Tiada struktur
• Ada mineral kuarza
• Tiada air

5. Tanah lempung

Ciri-ciri:
• Kandungan liat tinggi
• Saliran kurang baik
• Sukar dikerjakan
• Melekit bila basah, keras bila kering

AMALAN UNTUK MEMBAIKI KEADAAN TANAH

1. Pembajaan

• Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yang terdapat dalam baja.( % N, P2O5 dan K)

Jenis-jenis baja:
1. Baja campuran : Baja yang dicampur secara fizik tetapi tidak disebatikan.
2. Baja sebatian: Nutreid disebatikan secara kimia (di kilang)
3. Baja Lengkap: Kombinasi semua nutrien utama , mikro nutrien, enzim, dan pengawal atur.
4. Baja lurus : baja yang membekalkan satu nutrien sahaja.
5. Baja organik: daripada tinja ternakan dan sisa ladang.

Cara membaja:
1. Taburan:
- tabur sekata
- gaul dalam tanah
- letak disekeliling pokok
- sesuai untuk baja butiran halus/granul

2. Alur:
- Baja diletak di kiri dan kanan biji benih
- Diletak dalam jalar 4-5cm dalam sisi barisan pokok.

3. Poket:
- Lubang poket digali di hujung kanopi pokok.
- Baja di letak dalam poket dan kambus semula.

4. Semburan daun:
- baja larutan disembur pada daun.

2. Pengapuran

• Contoh bahan kapur:
- batu kapur CaCO3
- Kapur tohor CaO
- Kapur mati Ca(OH)2

Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melakukan pengapuran.

1. Jenis tanaman
• Kapur diberi mestilah ikut jenis tanaman. Keperluan tanaman berbeza.

2. Jenis bahan kapur
• Kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit, koko dan jagung.
• Kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik dan tidak mudah diguna.

3. Jenis tanah
• Tanah asid sulfat dan tanah gambut sesuai dirawat menggunakan bahan kapur.
• Pengapuran secara berlebihan menyebabkan ketoksikan.

4. Kandungan Bahan organik
• Bahan organik menyerap H+ . Ini menyebabkan kapur sukar mengubah pH di kawasan banyak bahan organik.








3. Pemugaran
• Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai.

Langkah pemugaran:
• Pemugaran primer
- kerja awal.
- Memotong dan membalik tanah.
- Memecah dan melonggar tanah keras
- Menyediakan tanah untuk pemugaran sekunder
- Peralatan: bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.

• Pemugaran sekunder
- Memusnah rumpai
- Mencampur baja dan kimia pengawal perosak ke dalam tanah
- Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan
- Memusnah atau mengawal perosak
- Menyediakan batas tanaman
- Menghasilkan permukaan tanah lebih halus, sesuai untuk menyemai dan menanam.

4. Mencegah dan mengawal hakisan
• Jenis –jenis hakisan:

- Hakisan permukaan: Hakisan peringkat permulaan menyebabkan lapisan nipis di permukaan tanah hilang.
- Hakisan Alur: Hakisan peringkat ke dua dan tanah dihakis lebih dalam sehingga membentuk alur.
- Hakisan Lurah: Hakisan alur jika dibiarkan berterusan membentuk lurah dan sukar untuk dipulihkan.

• Prinsip pencegahan dan kawalan hakisan tanah oleh air.

1. Menanam penutup bumi:
- menanam kekacang – centro, calapo
- penutup bumi dapat menutup permukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan timpaan huja.

2. Membuat teres:
- Dapat memperlahankan larian air menuruni lereng bukit.

3. Menanam mengikut kontor:
- Pokok getah dan kelapa sawit ditanam mengikut kontor bagi menghalang kelajuan air menuruni lereng bukit.

4. Membuat sungkupan:
- Bahan sungkupan diletak di permukaan tanah untuk melindung permukaan tanah ditimpa hujan.
- Selain itu, sungkupan dapat mengelakkan hakisan tanah, dan menggelakkan tanah menjadi padat.

5. Menanam secara jalur:
- menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam

6. Membina sistem perparitan:
- Parit dapat memindahkan air berlebihan yang menyebabkan banjir.
- Ia juga dapat menyediakan tempat air mengalir dan dapat mengelakkan hakisan alur dan lurah.


-TAMAT-

No comments: