Tuesday, December 16, 2008

SKOP SOALAN KERTAS 2: BAHAGIAN A/NO.2

SOALAN NOMBOR 2

Membuat penilaian

Kriteria soalan penilaian:

1. Menerangkan kelebihan sesuatu perkara dengan jelas
2. Menerangkan kekurangan sesuatu perkara dengan jelas.
3. Membuat keputusan berdasarkan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara itu
dengan betul.


Membandingbeza, menerangkan kelebihan, kekurangan dan membuat keputusan

· Foraj dengan konsentrat
· Pengawanan semulajadi dengan permanian beradas
· Memilih maklumat dari internet
· Menilai data kuantitatif
- menilai prestasi bidang usaha berdasarkan keuntungan dan Pulangan setiap ringgit
dilaburkan
- membuat keputusan samada terus, bubar, ganti atau ubahsuai pengurusan bidang
usaha

Terangkan kelebihan dan kekurangan foraj dan konsentrat. (Jawapan boleh dibuat dalam bentuk jadual)

Foraj:

-Tinggi kandungan fiber kasar : fiber penting untuk proses pencernaan makanan, fiber
mudah diperolehi dari rumput yang dimakan oleh ternakan.

-Boleh diberi dalam bentuk awetan atau segar: foraj segar boleh diragut di padang ragut atau
dipotong dan diberi kepada ternakan di dalam kandang. Foraj dipotong atau diracik dan
diperam untuk menghasilkan silaj. Silaj adalah bentuk awetan foraj dan digemari ternakan

Rendah kandungan nutrien: ternakan perlu makan banyak foraj untuk menampung kekurangan nutrien, ternakan perlu diberi makanan tambahan untuk menampung kekurangan nutrien, Silaj mudah rosak akibat bakteria Clostridia sp. Kelembapan yang tinggi pada silaj menyebabkan silaj mudah rosak. Bakteria Clostridia sp mudah membiak dalam keadaan kelembapan dan suhu tinggi.

Konsentrat

Tinggi kandungan nutrien : sangat sesuai untuk memberi kadar tumbesaran yang cepat .
Ia mudah disimpan dan diberi kepada ternakan kerana saiz kecil tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan. Ia juga disukai oleh ternakan kerana rasa yang sedap. Makanan konsentrat boleh ditambah aditif makanan untuk meningkatkan mutunya. Bahan aditif seperti hormon, vitamin dan ubat-ubatan boleh digaul bersama semasa menyediakan konsentrat dapat meningkatkan tumbesar dan kesihatan ternakan

Rendah kandungan fiber kasar: boleh mengganggu proses pencernaan
konsentrat yang tinggi kandungan lemak mudah diserang kulat Aspergillus flavus dan menyebabkan keracunan aflatoksin. Keadaan ini berlaku dalam keadaan kelembapan yang tinggi dan boleh menyebabkan ternakan mati.

No comments: