Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk melakukan kerja-kerja di ladang .
Contoh kerja ladang:
- Penyediaan tanah
- penanaman
- menyiram
- merumput
- menuai
- memberi makanan dan minuman
- memungut hasil
- menggred hasil
Faedah mekanisasi ladang:
Mekanisasi ladang penting kerana:
1. Menjimatkan masa - masa kerja dapat dijimatkan kerana kerja dapat dilakukan dengan cepat bila mesin digunakan. Kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
2. Menjimatkan pekerja - penggunaan pekerja dapat dikurangkan kerana mesin dapat melakukan kerja yang dilakukan sekumpulan pekerja secara serentak. Ini dapat mengurangkan kos upah.
3. Kerja lebih berkesan - Hasil kerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan dengan penggunaan jentera berbanding manusia. Contohnya, menyediakan lubang penanaman, penyiraman, membuat parit, hasil kerja menggunakan jentera lebih baik jika dilakukan dengan menggunakan jentera, kerana mengambil faktor yang manusia akan penat, bosan dan sebagainya.
4. Menepati masa - Oleh kerana kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat bila petani menggunakan jentera, kerja dapat disiapkan dengan cepat, dan mengikut masa yang ditetapkan.
5. Memudahkan kerja - Kerja berat yang memerlukan kekuatan tenaga kerja yang ramai akan menjadi mudah dengan menggunakan jentera. Contohnya membajak ladang yang luas, akan jadi lebih mudah dengan penggunaan jentera.
No comments:
Post a Comment