Thursday, January 8, 2009

Fenomena Azan yang agung.

Azan bersahut-sahutan tanpa henti ke seluruh pelusuk dunia. Renungkanlah, sedang kita masih tidur, di bahagian lain di dunia ini beribu Muazin sedang melaungkan azan, memuji kebesaran Illahi dan mengajak umat Islam menuju kejayaan dan mengerjakan solat.
Setelah masuk waktu subuh , azan dilaungkan di timur Indonesia di kepulauan Sulawesi. Hampir selesai azan subuh dilaungkan di Indonesia Timur, azan mula dilaungkan di Sumatera, disambut pula di Malaysia, seterusnya di Myanmar, dan China. Azan seterusnya disambut di Bangladesh, India, Culcutta, Lucknow dan terus ke Mumbai, Srinagar dan Kashmir. Azan disambung pula di Pakistan. Sebelum berakhir di Pakistan ia bermula di Afghanistan dan Muscat. Azan subuh mula berkumandang di UAE, Kaherah, Kuwait, Yemen, Somalia dan Saudi Arabia. Azan subuh masih berkumandang di Syria, Jordan dan Sudan dan disambut di Libya, Tunisia,Algeria, Rabat, dan Morocco. Seterusnya silih berganti ke negara-negara Afrika. Seterusnya ke Perairan Lautan Atlantik. Sejurus sebelum berakhir azan subuh di Perairan Lautan Atlantik, azan zohor sudah bermula di Timur Indonesia.Semasa azan zohor tiba ke Dakha, azan asar pula sudah bermula di Timur Indonesia. Azan maghrib bermula selang beberapa jam kemudian di Sumatera. Azan Isya' berkumandang di Timur Indonesia. Direnungkan, azan sentiasa berterusan di seluruh pelusuk dunia. Satu fenomena yang menunjukkan kebesaran Allah.

No comments: