Tuesday, April 21, 2009

Terminologi penting untuk pelajar Sains Pertanian

Terminologi atau kata lainnya ialah istilah. Berikut adalah istilah yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar sains pertanian. Khasnya untuk menjawab kertas 1.
  1. Transpirasi - kehilangan air daripada tumbuhan melalui proses penyejatan
  2. Fotosintesis - proses penghasilan karbohidrat dan oksigen oleh tumbuhan hijau, berlaku di dalam kloroplas dengan menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga. Bahan mentahnya ialah karbon dioksida dan air.
  3. Kefotokalaan - reaksi tumbuhan terhadap perbezaan siang dan malam. Ada dua jenis tumbuhan, iaitu tumbuhan siang panjang dan tumbuhan malam panjang.
  4. Translokasi - pengangkutan bahan nutrien di dalam tumbuhan daripada akar ke bahagian lain tumbuhan. Jangan lupa!, agen pengangkutannya ialah air.
  5. Penyerapan - Penyerapan air dan nutrien oleh akar tumbuhan dari tanah.
  6. Tekstur tanah - Peratus perbandingan kumin liat, loam dan pasir. Tekstur tanah boleh ditentukan dengan kaedah mendapan dan kaedah medan. Walaubagaimanapun, kaedah mendapan lebih tepat.
  7. Struktur tanah - Susunan kumin tanah, antara susunannya ialah bongkah, butir rapuh, berlapis, kolumnar, prismatik dan tiada struktur - pasirlah tu.
  8. pH tanah - Keasidan atau kealkalian sesuatu tanah.

No comments: