Thursday, February 10, 2011

Amali mengetut tanaman

Bahan dan alatan: hormon pengakar dan pisau cantuman, tali rafia dan plastik politena.
Pilih ranting yang sesuai untuk dibuat tut. Buat dua kelaran atas dan bawah dengan jarak 3 cm.
Kopek kulit kayu, kikis kambium sehingga putih. Sekiranya ada lagi sel kambium, kulit pokok akan tumbuh kembali. Sapukan hormon pengakar di bahagian atas kelaran.
Tempekkan medium pada kelaran.

Medium yang telah ditempek dengan kemas.
Balut dengan plastik poletena dengan kemas.
Ikat bahagian atas dan bawah medium dengan kemas.
Tinggalkan selama 5 - 7 minggu. Tut yang berjaya akan mengeluarkan akar seperti di atas.

No comments: