Wednesday, June 10, 2009

Penyediaan rumah cendawan

Rumah cendawan yang sedia ada telah dibaik pulih. Pejabat Pertanian Pendang dengan murah hati telah membekalkan 100 keping atap nipah untuk tujuan ini. Pelajar pun pasanglah sendiri. Cantik ke tak cantik ke biar lah asal siap dan boleh digunakan.
Fuad, sempat jugak posing sambil pasang atap tu.

Jangan jatuh dah. Teruk cikgu nak jawab nanti. Walaubagaimanapun , berkat kerjasama semua, rumah dapat disiapkan dengan ,, well.. agak sempurna. Dan yang pentingnya semua selamat, tak ada yang jatuh, tergolek , tergeliat, dan sebagainya.
Rumah cendawan mesti lah memberi persekitaran yang sejuk untuk pertumbuhan cendawan. Sebab itulah atap nipah digunakan. Pencahayaan pula , tidak terlalu terang dan
tidak juga terlalu gelap. Sebelah dalam dilapik dengan guni rami supaya dapat memegang air yang disiram apabila cendawan dah tumbuh nanti. Bahagian bawah biarkan air bertakung
untuk menyejukkan persekitaran. Bahaya ni, kena cari ikan guppy supaya tak jadi
pusat pembiakan nyamuk. Tambahan musim cikungunya dan denggi ni, Pejabat Kesihatan meronda secara intensif. Tak pasal-pasal je kami kena saman nanti.


cerita cendawan

Beg medium siap disusun di belakang bengkel KH menunggu masa untuk di kukus.

Petani moden ... beg cendawan sedang diangkut. Sambil projek ini berjalan, pelajar bukan sahaja dapat pengalaman menanam cendawan , tetapi juga menanam sifat ... apa yang penting? ... Kerjaaa sama. Selain tu, kesabaran, ketekunan, kerajinan dan tak lupa juga, bila banyak peluh keluar, badan pun jadi sihat.. kan!

Cerita tentang cendawan

Untuk memudahkan, kali ini medium dibeli sahaja daripada seorang pengusaha cendawan di Tanah Merah. Sebab, bab nak menyediakan medium ni memang cerewet. Selain nak cari bahan, prosesnya memakan masa dan guna tenaga yang banyak. Cikgu pun kena pot-pet lebih untuk memastikan kerja berjalan dengan lancar. Bila cikgu dah letih mulalah nak marah-marah dan anak muridpun tarik muncung. Untuk elakkan perkara begini, cikgu order je lah medium. Harganya RM1.00 untuk satu beg. Quite reasonable berbanding dengan pembekal lain.

Cikgu dengan Pn. Rozita, pengusaha cendawan yang bakal berjaya. Terima kasih Pn Rozita yang datang ke tapak projek kami dan memberikan nasihat-nasihat berguna. Pn. Rozita ni lah yang membekalkan medium cendawan... dan seterusnya benih yang tak berapa nak cukup.

Projek tanam cendawan

Beg medium cendawan dimasukkan ke dalam tong drum untuk
dikukus selama sekurang-kurangnya 4 jam.
Pada hari guru 16/Mei yang lepas, peperiksaan direhatkan untuk memberi laluan kepada sambutan hari guru peringkat sekolah. Kesempatan ini diambil oleh pelajar 5 SP untuk meneruskan projek tanaman cendawan mereka yang kesuntukan waktu kerana sekarang peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan. Mereka korbankan sambutan hari guru, dan jalankan projek cendawan.
Tanam cendawan ini teruk masa nak mula saja. Bila proses kukus dan suntik benih dah selesai, just wait and see saja lebih kurang sebulan. Boleh relax terus. Tapi masa nak mula tu, kenalah angkut-mengangkut tong gas, dapur, tong drum, medium. Semua peralatan mesti bersih, basmi kuman, kerana cendawan tergolong dalam bio teknologi, takut yang ditanam tak tumbuh, cendawan lain pulak yang tumbuh. Ini semua melibatkan kos.

Tuesday, May 12, 2009

PERIKSA DATANG LAGI


Pelajar 4 SP menjawab soalan B. Malaysia. Peperiksaan pertengahan tahun. Ada yang terlena, jangan sampai meleleh ayaq lioq basi atas kertas jawapan sudahhh. Geli cikgu nak periksa nanti.

Tuesday, April 21, 2009

song to sing

Terminologi penting untuk pelajar Sains Pertanian

Terminologi atau kata lainnya ialah istilah. Berikut adalah istilah yang perlu diketahui oleh pelajar-pelajar sains pertanian. Khasnya untuk menjawab kertas 1.
  1. Transpirasi - kehilangan air daripada tumbuhan melalui proses penyejatan
  2. Fotosintesis - proses penghasilan karbohidrat dan oksigen oleh tumbuhan hijau, berlaku di dalam kloroplas dengan menggunakan cahaya matahari sebagai tenaga. Bahan mentahnya ialah karbon dioksida dan air.
  3. Kefotokalaan - reaksi tumbuhan terhadap perbezaan siang dan malam. Ada dua jenis tumbuhan, iaitu tumbuhan siang panjang dan tumbuhan malam panjang.
  4. Translokasi - pengangkutan bahan nutrien di dalam tumbuhan daripada akar ke bahagian lain tumbuhan. Jangan lupa!, agen pengangkutannya ialah air.
  5. Penyerapan - Penyerapan air dan nutrien oleh akar tumbuhan dari tanah.
  6. Tekstur tanah - Peratus perbandingan kumin liat, loam dan pasir. Tekstur tanah boleh ditentukan dengan kaedah mendapan dan kaedah medan. Walaubagaimanapun, kaedah mendapan lebih tepat.
  7. Struktur tanah - Susunan kumin tanah, antara susunannya ialah bongkah, butir rapuh, berlapis, kolumnar, prismatik dan tiada struktur - pasirlah tu.
  8. pH tanah - Keasidan atau kealkalian sesuatu tanah.

Monday, April 20, 2009

Kerja-kerja ladang - Dahulu, Siksa...

Ternakan berjasa!
Kerbau digunakan untuk menarik bajak

Tak ada kerbau! Wanita-wanita ini sedang menarik alat membajak (di Peranchis)



Kerja-kerja ladang - Sekarang Senang.

Jentera pembajak
Jentera penuai kombin

Jentera penanam



mekanisasi ladang

Takrif:
Mekanisasi ladang ialah penggunaan jentera atau mesin untuk melakukan kerja-kerja di ladang .

Contoh kerja ladang:
  1. Penyediaan tanah
  2. penanaman
  3. menyiram
  4. merumput
  5. menuai
  6. memberi makanan dan minuman
  7. memungut hasil
  8. menggred hasil

Faedah mekanisasi ladang:

Mekanisasi ladang penting kerana:

1. Menjimatkan masa - masa kerja dapat dijimatkan kerana kerja dapat dilakukan dengan cepat bila mesin digunakan. Kerja dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.

2. Menjimatkan pekerja - penggunaan pekerja dapat dikurangkan kerana mesin dapat melakukan kerja yang dilakukan sekumpulan pekerja secara serentak. Ini dapat mengurangkan kos upah.

3. Kerja lebih berkesan - Hasil kerja dapat dilakukan dengan lebih berkesan dengan penggunaan jentera berbanding manusia. Contohnya, menyediakan lubang penanaman, penyiraman, membuat parit, hasil kerja menggunakan jentera lebih baik jika dilakukan dengan menggunakan jentera, kerana mengambil faktor yang manusia akan penat, bosan dan sebagainya.

4. Menepati masa - Oleh kerana kerja dapat dilakukan dengan lebih cepat bila petani menggunakan jentera, kerja dapat disiapkan dengan cepat, dan mengikut masa yang ditetapkan.

5. Memudahkan kerja - Kerja berat yang memerlukan kekuatan tenaga kerja yang ramai akan menjadi mudah dengan menggunakan jentera. Contohnya membajak ladang yang luas, akan jadi lebih mudah dengan penggunaan jentera.

Monday, April 13, 2009

Latihan bab landskap untuk pelajar KHB Pertanian Tingkatan 3

http://www.4shared.com/file/98298790/2cbb9160/ujian_april_kh.html
Klik URL di atas untuk latihan topikal landskap khb Pertanian.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PSK





11 April 2009, dalam program khidmat masyarakat, sekumpulan pelajar dari kelas 3Prihatin dan cikgu cuba membangunkan sebuah taman dipintu masuk kedua sekolah. Agar kehadiran kami ke sekolah di sambut dengan pemandangan yang menyenangkan , seterusnya menceriakan our hard day at school. Buat masa ini laluan pintu masuk utama bagaikan sebuah zon perang atau boleh juga diibaratkan tapak peninggalan sejarah kerana tiang, pintu gerbang yang bergelimpangan. Semoga cita-cita kami untuk mendapatkan laluan masuk yang indah dan ceria tercapai, how hard or how long it takes.

Friday, March 6, 2009

BULI LAGI!!!

Sejak akhir-akhir ni, banyak pulak kisah pelajar buli pelajar di sekolah. Budaya tak bertamaddun ini hanya menyaksikan penderitaan, kesakitan, kecederaan malah kehilangan orang tersayang. Berikut ini, dipaparkan beberapa perkara/kisah tentang buli, agar boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.
Kes buli di SMK Oya, Dalat: 10 suspek diambil keterangan
KUCHING: Polis akan mengambil keterangan 10 pelajar yang disyaki terbabit dalam kes buli seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat, yang disiarkan secara meluas dalam YouTube beberapa hari lalu, hari ini. Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Matin Koo, berkata semua pelajar terbabit diminta pihak sekolah melaporkan diri di sekolah itu hari ini selepas digantung sekolah sejak 23 Februari lalu. "Pelajar terbabit akan melapor di sekolah pagi esok bersama ibu bapa masing-masing. Selepas itu kita akan membawa mereka ke Balai Polis Daerah Dalat untuk mengambil kenyataan berhubung kejadian itu," katanya.

Koo berkata, polis mahu mengenal pasti siapa antara pelajar terbabit yang merakamkan kejadian itu kerana dia adalah saksi sebenar kejadian berkenaan. Katanya, polis mengenal pasti pelajar terbabit, semua membabitkan pelajar Tingkatan Enam, Lima, Empat dan Tingkatan Tiga sekolah sama. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Sarawak, Dr Julaihi Bujang berkata pegawai pelajaran dari Kuching dan Bahagian Mukah diarahkan membantu menyiasat kejadian berkenaan.
Katanya, selain pegawai pelajaran, polis juga akan terbabit dalam siasatan sebelum sebarang tindakan lanjut dapat dilakukan kepada pelajar yang terbabit dalam kejadian buli itu. "Ada dua aspek yang perlu diambil perhatian dalam siasatan ini iaitu kejadian buli di sekolah dan kejadian mengedarkan gambar itu melalui YouTube," katanya. Dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat dilihat disepak dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang berpakaian seragam sekolah dalam sebuah bilik asrama. Keluarga mangsa dikatakan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Daerah Dalat pada 23 Februari lalu. - Bernama

Berikut adalah pengkisahan buli yang ditulis oleh seorang kenalan mangsa buli, dibuli hingga menemui ajal. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham.
Bismillaahirrahmaanirraheem......
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana limpah kurniaNya aku masih lagi dikurniakan saki baki umo utk meneruskan idup ini.Paling penting sekali dua nikmat yg telah Allah kurniakan padaku iaitu nikmat iman dan Islam.Berckp pasal idup ni,teringat aku pada kisah seorg pelajar dari sekolah agama di Seremban yg meninggal dunia kerana dibelasah oleh senior di sekolahnya.
Maha Suci Allah,Allahyarham Mohd Farid Ibrahim ni sebenarnya rapat dgn ahli keluarga aku.Allahyarham dulu bersekolah rendah di sekolah lamaku iaitu Sek Ren Islam As Saidiyyah,Seremban.Actually arwah sebaya dgn adik aku.Tp since adik aku lompat setahun,so adik aku kira awal setahun dari dia.Nak tunjukkan Allah tu Maha Berkuasa,adik dia plak satu batch ngan adik bongsu aku yg skrg ni dlm darjah 4 di As Saidiyyah gak.
Mak aku ngan arwah ni agak rapat gak la.Pertamanya sbb arwah ni dulu naik bas sekolah yg mak aku uruskan.Kebetulan plak mak aku diamanahkan oleh pentadbiran sekolah menguruskan kantin sekolah tu.So arwah ni selalu la makan kat kantin tu.Masa urusan jenazah arwah pun,famili aku ada pegi ziarah keluarga dia.
Cuma aku tak bernasib baik tak sempat berkenalan ngan arwah sbb aku duduk asrama.So aku tak berapa kenal sangat member2 adik aku ni.Ikut apa yg mak aku ckp,arwah ni anak keempat daripada 5 adik beradik.Dia anak laki sulong dlm famili tu.Mmg anak harapan keluarga dia.Mak aku kata arwah ni mmg wara' dan tawadhu'.Actually sume produk As Saidiyyah cam tu,kecuali aku je sbb hati aku gelap sket.Tapi apa yg aku ckp ni mmg betul,mostly produk dari sekolah tu mmg menjadi.Mungkin sistem tarbiah sekolah tu mantap.Sepanjang ingatan aku kat sekolah tu dulu,mmg terasa bezanya ngan sekolah lain.In fact biah (suasana) di KISAS pun tak se'islamic' di As Saidiyyah tu.Tapi nak buat cam mana,sekolah tu masih kekurangan bantuan kewangan dan tenaga pengajar.So time aku dulu,cuma ada sekolah rendah je.Nak masuk sekolah menengah kena pindah sekolah lain.Recently baru la derang berkemampuan buat sekolah menengah.
Ikut laporan newspaper,arwah ni bercita-cita nak jd ahli falak.Mak aku kata antara sbb dia pindah ke sekolah agama lain tu sbb sek As Saidiyyah tu takde peruntukan yg cukup utk pelajar lepasan PMR.Tapi kalau ikut laporan paper katanya dia pindah ke sekolah lain sbb keluarga dia tak mampu nak bayar yuran kat As Saidiyyah.Mungkin juga ada benarnya sbb As Saidiyyah tu sekolah swasta.Skrg aku nak citer hal sebenarnya cam mane kisah arwah ni kena pukul.Citer ni adalah daripada perbualan aku ngan mak aku yg berbual ngan mak arwah.Mak arwah ada la jumpa kengkawan arwah ni utk tanya citer sebenar.Pastu pak cik aku plak ada kengkawan dia yg keja di Jabatan Pendidikan NS.So kes ni mmg org2 di jabatan pendidikan tau la sbb laporan diserahkan ke sana gak.
Arwah ni dah lama kena buli,since dia mula2 masuk dia dah kena buli dah.So satu hari ni senior dia kejutkan dia pukul 3 pagi nak pinjam cerek letrik dia.Ikut apa yg mak aku ckp,dia tanak kasi sbb cerek tu mak dia belikan.Sayang tul arwah ngan pemberian mak dia ni.Kerana sayangkan mak nyawa tergadai.Reason lain derang pukul arwah ni sbb derang jeles si arwah ni ramai cikgu sayang.Arwah ni ada la wakil sekolah dlm beberapa pertandingan dan selalu jd imam waktu solat berjamaah di surau.So senior ni bengang la arwah ni fames.Cikgu sket2 sebut nama arwah.Derang berbulu la.Zalim betul senior2 yg pukul arwah tu.Tapi kalau cerek tu dia tak kasi pinjam pun aku leh paham.Biasala senior2 ni,kalau pinjam barang mmg akan jd milik derang terus la.So pada pagi weekend tu ada aktiviti ko kurikulum.Mak aku kata senior2 tu join kadet.Lepas je abis aktiviti tu,dlm pukul 10 pagi derang panggil arwah ni dan belasah dia ramai2.Sblm dia dibelasah,kaki dan tangannya diikat.Maknanya dia tak leh nak cover badan dia daripada dipukul langsung.Mmg kena pukul open la.Tak leh nak self protect langsung.Masing2 still pakai but kadet.Korang bayangkanlah kalau kena belasah dgn but keras.Mmg sakit gile la.Tak heran la pundi dia leh pecah.Yg paling beraninya senior2 ni derang belasah depan junior2 lain.Maknanya derang bukan belasah sorok2.Cam time aku kat sekolah dulu,derang pi kat bilik kosong pastu belasah budak tu reramai.Tapi kes ni dia belasah kat depan org ramai.Tp budak2 ni tak berani nak tolong sbb senior2 tu gangster gile.Warden plak takde masa tu.Mmg bermaharajalela lah senior2 tu.Mak aku kata dua baldi pecah sbb digunakan utk belasah arwah tu
Lepas arwah ni kena pukul derang letak arwah ni bawah katil.Kira cam nak sorokkan la jgn kasi warden nampak masa warden dah balik.Lepas senior2 tukar baju sume,arwah ni still tak bermaya lagi.Derang biarkan je.Member2 arwah ni la yg letak minyak gamat kat kesan lebam2 di badan arwah ni.Yang paling menyedihkan,masa dia buang air kecil kuar darah.Kesian gile aku dgr.Member2 dia kena papah dia dari bilik air ke dorm.Memandangkan arwah ni still tak bermaya,senior2ni dah mula panik.Derang tukarkan baju si arwah ni dan angkat dia letak di bilik air.Pastu derang terus pi jumpa warden dan repot kata arwah terjatuh di bilik air.Keji betul.Dahla belasah anak org,pastu menipu lagi.Peracangan syaitan,biasa la.Tgk je la kisah Habil dan Qabil cam mane.Bijak sungguh syaitan ni.Banyak lagi kisah2 cam ni yg diriwayatkan dlm buku2 sirah.Kisah2 wali yg ditipu syaitan melambak gile.So kita sambung balik.Jadi warden ni tak risau sangat la sbb ingatkan jatuh biasa je.So warden ni bawa arwah ke bahagian pesakit luar dlm tgh hari gitu la.Bayangkanlah after a few hours kena belasah baru nak bawa ke spital. Hanya Allah je tau apa yg arwah ni rasa time tu.
Bila doktor check,tgk2 ada banyak kesan lebam.Lebam yg teruk2 plak tu.Doktor tak caya arwah ni jatuh kat tandas.Terus doktor tanya warden apa hal yg sebenar.Warden kata la dia jatuh kat tandas.Tapi bila doktor kata kalau jatuh takde la kesannya teruk cam tu.Doktor terus scan otak dan badan dia.Mmg teruk gak la.Tempurung otak dia retak or pecah.Pundi kencing pecah.Ish tak sanggup aku nak citer lagi.Byk sangat organ yg rosak.Tapi Allah lebih sayangkan arwah dulu.Tak sempat doktor nak rawat dia,dia dah dijemput dulu.Ikut apa yg mak aku ckp,yg belasah tu mmg 8 org je.Lagi 6 org tu tolong cover line kot2 ada cikgu atau warden dekat2 situ.Yg ketua gangster plak budak dari KL ngan Selangor ni.No offense pada org dari Lembah Klang.Aku cuma citer apa yg mak aku dgr je.Sbb budak2 lain tu budak2 kg dari N9.Budak2 kg ni ikut pengamatan aku derang ni tak berani nak mencuba berbanding budak Bandar.So kalau ada org start,dia akan jump in je.Seriously aku takde niat nak offend budak2 Lembah Klang.Ada je budak2 Lembah Klang yg baik dan wara'.Alhamdulillah bagus2 je.Cuma point aku budak2 dari bandar ni akhlak derang kurang molek sket la.
Kesian gak aku tgk famili si arwah ni.Mmg derang still dlm kesedihan.Si ayah plak mmg bermati-matian nak saman pihak sekolah dan jabatan pendidikan.Aku rasa tindakan tu wajar gak sbg pengajaran utk kita.Bkn ape,aku dulu duduk asrama gak.Alhamdulillah mujur aku tak penah kena pukul je.Tapi apa yg aku perasan,kes pukul ni masih berterusan sbb warden dan pihak sekolah tak penah tanya masalah kat junior2 ni.Plus that warden kurang bagi protection pada junior kalau derang repot kes cam ni.
Aku penah gak tgk batch aku belasah junior.Tapi takde la teruk sampai tahap tak sedar diri atau tak bermaya.Aku pun tak tau cam mane derang ni boleh sampai tahap cam tu sekali.Mmg betul2 dah dikuasai syaitan jiwa derang kot masa tu.Ikut apa yg mak aku ckp,rata2 masyarakat mesia mmg setuju kalau 8 org senior tu dihukum bunuh.Sbb apa yg derang buat tu tak berperikemanusiaan langsung.Ikut apa yg aku belajar dlm Islam pun kalau seseorg tu dah baligh,dia mmg layak dihukum ikut apa yg Islam gariskan.Tak kira la masih juvana ke tak.
Mmg mudah kita ckp bersabar la dgn apa yg Allah dah tentukan.Tapi kalau anak kita dibunuh dgn begitu kejam,kita pun akan rasa hukluman bunuh tu wajar utk derang jugak.Korang bayangkanlah kalau sume rakyat mesia pun rasa hukuman tu wajar utk mereka berlapan,takkan kita masih ada rasa impati pada derang.Hanya keluarga si mati je berhak maafkan pembunuh2 tu.Itu pun All h beri kebenaran ahli keluarga si mati utk balas bunuh balik.Ini mmg benar menunjukkan pembunuhan adalah kesalahan yg susah utk dimaafkan.Itulah 'qisas' namanya.Suatu tindakan itu dibalas dgn tindakan yg sama.Sungguhpun aku tak kenal arwah,aku harap benar aku dpt kenal dia di alam yg lain.Aku rasa rugi benar tak sempat berkenalan ngan arwah.Moga Allah perkenankan permintaanku.Aku teringin sangat nak jumpa ngan org yg baik2 cam arwah ni.Moga arwah ditempatkan di syurga bersama2 dgn para anbiya',org2 soleh dan para mujahid yg syahid.Ameen.Al fatihah...
Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam.Wassalam
Osmani Abdul Razak Accounts & Budget Department

Monday, February 16, 2009

Bedah siasat








Amali bedahsiasat ayam hari ini. Ha... ada yang nak termuntah.. selamanya makan ayam sedap je. Jangan pulak selepas ni ada yang tak lalu nak makan ayam. Terimakasih semua yang menjayakan amali ini, dari mula hingga akhir.

amali mengetut tanaman



Pelajar sedang menjalankan amali mengetut tanaman. Seramai 41 orang pelajar secara serentak membuat amali tersebut menjadikan suasana belakang bengkel tu, hingar bingar dan kelam kabut. 41 orang, bilangan yang agak ramai untuk buat amali. Walaubagaimanapun, semua berjalan lancar.

Wednesday, February 11, 2009

Pelan taktikal BI SMKSI

http://www.scribd.com/doc/12176996/Plan-Taktikal-BI-3G-SMKSI

Thursday, January 8, 2009

Fenomena Azan yang agung.

Azan bersahut-sahutan tanpa henti ke seluruh pelusuk dunia. Renungkanlah, sedang kita masih tidur, di bahagian lain di dunia ini beribu Muazin sedang melaungkan azan, memuji kebesaran Illahi dan mengajak umat Islam menuju kejayaan dan mengerjakan solat.
Setelah masuk waktu subuh , azan dilaungkan di timur Indonesia di kepulauan Sulawesi. Hampir selesai azan subuh dilaungkan di Indonesia Timur, azan mula dilaungkan di Sumatera, disambut pula di Malaysia, seterusnya di Myanmar, dan China. Azan seterusnya disambut di Bangladesh, India, Culcutta, Lucknow dan terus ke Mumbai, Srinagar dan Kashmir. Azan disambung pula di Pakistan. Sebelum berakhir di Pakistan ia bermula di Afghanistan dan Muscat. Azan subuh mula berkumandang di UAE, Kaherah, Kuwait, Yemen, Somalia dan Saudi Arabia. Azan subuh masih berkumandang di Syria, Jordan dan Sudan dan disambut di Libya, Tunisia,Algeria, Rabat, dan Morocco. Seterusnya silih berganti ke negara-negara Afrika. Seterusnya ke Perairan Lautan Atlantik. Sejurus sebelum berakhir azan subuh di Perairan Lautan Atlantik, azan zohor sudah bermula di Timur Indonesia.Semasa azan zohor tiba ke Dakha, azan asar pula sudah bermula di Timur Indonesia. Azan maghrib bermula selang beberapa jam kemudian di Sumatera. Azan Isya' berkumandang di Timur Indonesia. Direnungkan, azan sentiasa berterusan di seluruh pelusuk dunia. Satu fenomena yang menunjukkan kebesaran Allah.

Lumpuhkan Israel

Lumpuhkan ekonomi Israel dan sekutunya Amerika. Mari boikot. Umat Islam kena bersatu.

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz