Tuesday, August 26, 2008

Nota: Faktor Iklim

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN HASIL TUMBUHAN

Faktor yang mempengaruhi:

- Iklim
- Tanah
- Biosis
- Genetik
- Pengawalatur

IKLIM

Unsur-unsur iklim:
- Cahaya
- Suhu
- Hujan
- Angin

Cahaya

FOTOSINTESIS
Cahaya memberi kesan terhadap fotosintesis.
• Fotosintesis ialah proses dimana tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan tenaga cahaya matahari.
• Proses ini berlaku dalam kloroplas.
• Ada dua peringkat fotosintesis:

1.Tindak balas cahaya
- berlaku di dalam kloroplas
- memerlukan cahaya

2.Tindak balas gelap
- berlaku di dalam kloroplas
- tidak memerlukan cahaya

Faktor yang mempengaruhi fotosintesis ialah:
• Keamatan cahaya dan suhu
Bila keamatan cahaya dan suhu bertambah, kadar fotosintesis bertambah.
• Gelombang cahaya
Gelombang cahaya bewarna biru dan merah diserap dengan lebih berkesan oleh klorofil untuk digunakan sebagai tenaga di dalam tindak balas cahaya.

KEFOTOKALAAN


Kefotokalaan ialah reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.

Ada dua jenis reaksi tumbuhan terhadap tempoh siang dan malam:
1.Tanaman tempoh siang pendek:
• Memerlukan tempoh siang yang kurang daripada 12 jam untuk mengeluarkan bunga.
• Contoh: Orkid Phaleonopsis, kacang soya, nanas dan keledek,

2. Tempoh siang panjang:
• Memelukan tempoh sian melebihi 12 jam untuk berbunga.
• Contoh: Gandum, pokok jarak dan ubi kentang.

Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan:

1. Keluasan permukaan daun
• Lebih luas permukaan daun, lebih banyak sel didedahkan kepada cahaya matahari dan lebih tinggi kadar fotosíntesis.

2. Susunan daun
• Tegak : susunan daun menegak seperti pokok padi . Keseluruhan permukaan daun terdedah kepada cahaya matahari.
• Mendatar: susunan daun mendatar seperti pokok cili, cahaya tertumpu di bahagian atas daun.

3. Topografi
• Merujuk kepada bentuk muka bumi yang tidak rata dan tinggi rendah.
• Permukaan bumi yang rata, bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari dan akan menerima lebih cahaya.

4. Naungan
• Naungan seperi pokok besar dan bangunan boleh mengurangkan cahaya yang diterima oleh tumbuhan.
• Jenis tanaman yang sesitif terhadap cahaya matahari perlu naungan.

Kaedah untuk mendapatkan cahaya yang optimum.

1. Memilih tapak yang sesuai
- kawasan rata
- lapang
- jauh dari bangunan tinggi dan pokok besar

2. Menaman pada jarak yang sesuai
- mengurangkan persaingan antara pokok
- menggunakan tanah secara maksimum
- contoh corak tanaman: segi empat,, segi tiga dan siku keluang.

3. Menyediakan sokongan.
- sokongan seperti kayu tunggal untuk lada hitam, kayu junjung untuk kacang panjang dan berpara untuk peria , dapat membantu pokok memanjat dan mendapat cahaya yang optimum

4. Mengawal rumpai
- Rumpai perlu dikawal untuk mengelak ia bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya.
- Selain itu rumpai juga bersaing untuk air dan nutrien.

5. Membekalkan cahaya tiruan
- lampu tiruan yang boleh digunakan ialah:
• lampu pijar : membekalkan cahaya buru hingga inframerah. Namun, penggunaan tenaga elektrik lampu jenis ini tidak lengkap.
• Lampu pendaflour: penggunaan elektrik lampu jenis ini lengkap. Namun bekalan cahaya merah dan inframerah kurang.

6. Menanam tanaman selingan.
- Contoh menanam pisang di kawasan tanaman koko. Pokok pisang dapat menjadi naungan kepada pokok koko yang masih muda.
- Di samping itu, penggunaan ruang tanah maksimum dan dapat menyumbangkan hasil dalam jangka masa pendek.

7. Mencantas:
- mencantas ialah membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
- Dengan itu cahaya matahari boleh sampai dan diterima oleh bahagian-bahagian lain tumbuhan.

SUHU

Kesan suhu kepada tumbuhan:

1. Percambahan biji benih.
Suhu terlalu rendah seperti di dalam peti air, mengganggu percambahan biji benih. Begitu juga suhu terlalu tinggi.
2. Transpirasi.
Kadar transpirasi meningkat bila suhu meningkat

3. Kualiti hasil
Hasil yang dituai seperti sayuran dan buah-buahan perlu diletakkan di tempat sejuk kerana bila suhu rendah, respirasi dan aktiviti enzim lambat. Ini menyebabkan hasil tanaman lambat rosak dan boleh disimpan lama.
4. Fizikal tumbuhan
Suhu yang terlalu panas akan membantutkan pertumbuhan dan boleh mencederakan tanaman.

Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai.

1. Memilih tapak yang sesuai
Jika hendak menanam tanaman seperti strawberi, teh, kobis dan bunga-bungaan, eloklah tanam di tanah tinggi seperti Cameron Highlands kerana suhunya rendah.

2. Menyediakan naungan
Naungan membantu mengurangkan kesan suhu
Naungan sesuai dibuat untuk tumbuhan yang bertisu lembut atau anak benih yang baru dialih ke ladang.
Naungan yang sesuai adalah seperti jaring hitam atau hijau.

AIR

Kesan air:
1. Fotosintesis
 Jika air kurang, daun layu, liang stoma akan tertutup. Tumbuhan tidak dapat menyerap karbon dioksida dan proses fotosintesis terganggu.
2. Penyerapan dan translokasi nutrien
 Air ialah pelarut utama nutrien.
 Ia juga medium untuk tindakbalas biokimia.
 Air mengangkut bahan terlarut dari akar ke bahagian lain melalui xilem.
 Air mengangkut bahan tersintesis di daun hasil proses fotosintesis melalui floem.

Kaedah mendapatkan air yang mencukupi.

1. Pengairan: membekalkan air kepada tanaman dengan mencukupi.
2. Saliran: mengeluarkar air yang berlebihan dari kawsasan penanaman dengan membuat parit.

ANGIN

1. Transpirasi
 Bila angin bertiup kencang, kadar transpirasi bertambah.

2. Pendebungaan
 Angin menjadi agen pendebungaan dengan memindahkan debunga janta ke stigma bunga betina.

3. Penyebaran penyakit dan perosak
 Angin boleh mneiup spora kulat menyebabkan penyebaran penyakit seperti karat, bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
 Angin juga boleh memindahkan serangga seperti afid, trip dan ulat bungkus.
4. Fizikal tumbuhan
 Tumbuhan mungkin tumbang atau patah bila ditiup angin kencang.

Amalan untuk mengelakkan kerosakan oleh ribut.

1. Adang angin
 Pokok besar boleh ditanam di sekeliling ladang untuk mengadang angin.

2. Memilih tapak
 Jangan menanam pokok-pokok yang mudah rosak seperti pisang atau sesetengah klon getah di tempat laluan angin kencang.

3. Menyediakan sokongan
 Buat sokongan untuk anak pokok atau pokok yang mudah tumbang.

No comments: