Tuesday, August 26, 2008

Nota: Pertanian di Malaysia

SAINS PERTANIAN/TINGKATAN 4/NOTA

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA

1. Pengeluaran bahan makanan
- Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
- Mengurangkan kos import bahan makanan
- Memenuhi keperluan keselamatan negara

2. Pengeluaran bahan mentah
- Bahan mentah untuk keperluan industri
- Contoh: getah –tayar, kelapa sawit – minyak masak dan lain-lain.


3. Pendapatan elsport
- Jualan hasil pertanian (getah, kelapa sawit, koko dll)
- Aliran masuk wang asing meningkat
- Meningkatkan KDNK negara.

4. Peluang pekerjaan
- Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
- Kumpulan utama ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan.

JENIS-JENIS TANAMAN DAN TERNAKAN DI MALAYSIA DAN TABORANNYA.

1. Kelapa sawit:
- Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
- Pahang ( Jengka, Pahang Tenggara)
- Perak (Teluk Intan, Sungai Siput, Trolak)
- Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)

2. Getah:
- Johor
- Pahang
- Perak
- Kedah

3. Koko:
- Perak (Teluk Intan)
- Selangor (Sabak Bernam)

5. Kelapa:
- Selangor (Sabak Bernam)
- Perak (Teluk Intan, Bagan Datoh)
- Sabah (Lahad Datu, Tawau)

6. Padi:
- MUDA (Kedah – Perlis)
- Dataran Kelantan
- Seberang Perak
- Krian-Sungai Manik

7. Sayuran:
- Cameron Highlands
- Lembah Kinta
- Kundasang

8. Buah-buahan:
- Durian: Batu Kurau, Bukit Gantang
- Rambutan: Pulau Pinang, Muar
- Limau Bali: Ipoh

9. Teh:
- (Tanah tinggi)Cameron Higlands, Kundasang
- (Tanah Pamah) Banting

10. Lembu /Kerbau:
- Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang

11. Ayam:
- Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor

12. Khinzir:
- Negeri Sembilan, Perak, Selangor.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN TANAMAN DAN TERNAKAN

1. Faktor iklim:
• Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk getah dan padi.
• Kawasan tanah tinggi – suhu rendah, sesuai untuk sayuran
• Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

2. Faktor Sejarah:
• Zaman sebelum penjajahan – tanaman sara diri (padi, kelapa)
• Zaman penjajahan – Getah, kelapa sawit.
- Imigran Cina: ayam dan khinzir
- Imigran India: Lembu LID

• Selepas merdeka – pelbagai tanaman.

3. Faktor ekonomi:
• Pasaran – hasil mudah dipasarkan
• Infrastruktur – Kemudahan asas (pengangkutan, air, elektrik).

4. Faktor Dasar Kerajaan:
• Dasar Pertanian Negara
• Pembukaan kawasan baru
• Subsidi dan insentif

TREND PERTANIAN DI MALAYSIA

1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
• Untuk mengelakkan pergantungan kepada satu sumber pertanian sahaja.
• Menambah pendapatan,
• Mempelbagaikan ekonomi
• Meluaskan pasaran hasil pertanian
• Contoh: Lebah madu, rusa, burung unta , puyuh, herba

2. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
• Memperolehi pertukaran wang asing
• Meningkatkan pendapatan eksport
• Hasil yang berpotensi di eksport: belimbing, manggis, jambu batu, kekwa dll.
• Masalah: Cukai import tinggi, persaingan, kos penghantaran tinggi, sekatan sijil import, pembungkusan.

3. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
• Agrotourism , pelancongan berasaskan pertanian
• Contoh: Homestay, farmstay, kolam memancing ikan.
• Kaedah: Memajukan ladang komersial, kawasan ladang di tepi lebuh raya, museum dan taman pertanian, promosi.

4. Hubungkait pertanian dengan Landskap
• Landskap ialah pemandangan atas daratan seperti mukabumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan.
• Perlandskapan ialah kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia.
• Bertujuan untuk menghasilkan pemandangan yang menarik, bernilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan

5. Ladang kontrak
• Perjanjian rasmi antara pengusaha pertanian dengan pembeli.
• Tujuan: mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hadapan.
• Pengusaha dapat memasarkan hasil
• Pengusaha tidak memerlukan modal banya untuk memulakan perusahaan serta mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain kerana disediakan oleh pembeli. (Contohnya penternak ayam untuk KFC).
• Pembeli pula mendapat bekalan pada masa yang ditetapkan, harga tetap mengikut persetujuan dan mendapat bekalan mengikut kualiti dan kuantiti yang dipersetujui.

6. Penggabungan ladang kecil
• Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok
• LPP membekalkan input pertanian dan membantu pemasaran
• Membantu ahli menjaga dan mengurus ladang
• Hasilnya, produktiviti ladang meningkat, pendapatan juga meningkat.

7. Perhutani
• Perhutani ialah kegiatan pertanian digabungkan dengan perhutanan.
• Ini dapat mengatasi masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal, dan mengurangkan permintaan tanah baru.
• Contoh: tanaman rotan dalam kebun getah.

ISU PERTANIAN DI MALAYSIA

1. Produktiviti:
• Produktiviti ialah kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
• Isunya ialah: penggunaan tenaga buruh masih tinggi dan sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
• Daya pengeluaran rendah
• Saiz ladang kecil, oleh itu sukar menggunakan teknologi

Untuk mengatasi masalah produktiviti,
• pekebun kecil menggunakan klon-klon getah baru, teknik penorehan baru, pengairan moden .
• Menggabung ladang kecil membentuk ladang kelompok.
• Perladangan campuran, contohnya pisang dalam kebun kelapa, koko dalam kebun kelapa sawit
• Menggunakan teknologi – contoh kultur tisu, baka yang tahan penyakit.

2. Ketidakstabilan harga:
• Harga turun naik kerana pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan atau pengeluaran melebihi permintaan.
• Hasil pertanian cepat rosak dan tempat penyimpanan terhad.
• Kos pengeluaran semakin meningkat.

Langkah mengatasi
• Memproses hasil pertanian
• Agensi kerajaan membeli dengan banyak untuk dijadikan stok
• Hapuskan penggunaan orang tengah
• Memperkenalkan harga minimum
• Hasil ternakan mahal kerana bahan makanan ternakan mahal, oleh itu perlu cari alternatif lain untuk makanan ternakan.

3. Penyebaran dan pengamalan teknologi baru.
• Penggunaan teknologi dapat menjana pengeluaran hasil pertanian dan negara dapat mengeksport lebih banyak bahan pertanian. Pertukaran wang asing dapat ditingkatkan.
• Contoh: Fertigasi, hidroponik, smart pot.

4. Pendidikan dan latihan.
• Petani masih lagi mengamalkan kaedah tradisional , oleh itu pendapatan mereka kurang.

Langkah mengatasi
• Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan untuk petani untuk melahirkan petani dan penternak berdaya maju dan inivatif, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.

5. Penghijrahan penduduk
• Penduduk desa berhijrah ke bandar kerana faktor sosial dan ekonomi.
• Ekonomi: Pendapatan di bandar lebih tinggi dan bidang pertanian banyak risiko seperti serangan penyakit, kemarau dan banjir. Pendapatan petani kurang terjamin.
• Sosial: Infrastruktur, gaya hidup dan kemudahan lain seperti pendidikan dan perubatan lebih selesa di bandar.
• Pertanian tidak dapat dijalankan dengan efisien(berkesan).

Langkah mengatasi
• Kerajaan membawa industri kilang ke desa untuk menyediakan peluang pekerjaan. Tidak perlu hijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
• Menggalakkan belia terutama siswazah mengusahakan pertanian secara profesional dan komersial.

6. Pencemaran alam sekitar
• Punca pencemaran akibat pertanian ialah
- sisa bahan pertanian seperti sisa getah dan kelapa sawit
- sisa racun perosak
- asap pembakaran terbuka bila tanah baru dibuka boleh mengakibatkan jerebu
- industri ternakan membuang najis secara tidak teratur seperti ternakan khinzir
- gas metana yang terhasil dari pereputan kompos dan sisa pertanian
- hakisa tanah

Langkah mengatasi:
• Kitar semula sisa pertanian untuk dijadikan makanan ternakan atau medium penanaman. Dengan ini, sisa tidak perlu dibakar atau dibiarkan reput.
• Air yang tercemar boleh dirawat dengan kaedah biologi.
• Menguatkuasakan undang-undang, seperti melarang pembakaran terbuka dan menjaga kebersihan ladang ternakan .
• Kurangkan penggunaan racun perosak, lebih baik gunakan kaedah kawalan biologi, menanam secara organik dan gunakan rumah kalis serangga untuk elakkan penggunaan racun perosak.

7. Kekurangan buruh:
• Punca:
- Penduduk tidak berminat bekerja di sektor pertanian.
- Penghijrahan ke bandar
- Persepsi masyarakat, kerja di bidang pertanian pendapatan kurang.
- Sektor pertanian berisiko seperti serangan penyakit dan bencana alam.
-
Langkah mengatasi:
• Untuk menarik minat belia, gunakan teknologi baru seperti tanaman hidroponik, fertigasi dan tanaman di bawah lindungan hujan.
• Menggunakan mekanisasi untuk mengurangkan beban kerja.
• Menggunakan bioteknologi untuk mendapatkan pulangan yang lebih lumayan.

PERANAN INSTITUSI DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN

1. Infrastuktur:
• Menyediakan pengairan,
• saliran,
• jalan raya,
• sistem komunikasi
• elektrik
• air

Institusi yang terlibat:
- Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
- Federal Land Development Ascociation (FELDA)
- RISDA
- JKR

2. Penyelidikan dan pembangunan:
• Menyelidik kaedah pengeluaran
• Baka baru yang lebih baik
• Pemprosesan
• Pembungkusan
• Pengangkutan

Institusi yang terlibat:
- MARDI
- RRIM
- PORIM

3. Memberi khidmat nasihat dan latihan
• Menyediakan latihan tentang amalan teknologi baru untuk menanam, menyelenggara dan memproses.
• Menyediakan agen-agen pengembangan untuk membuat kursus, lawatan dan penyeliaan.

Institusi yang terlibat:
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perkhidmatan Haiwan
- Lembaga Pertubuhan Peladang

5. Menyediakan peluang pekerjaan
• Pekerjaan sebagai penyelidik
• Pegawai pengembangan
• Agen pemasaran

Institusi yang terlibat:
- MARDI
- RRIM
- LPP
- FAMA



6. Menyediakan bantuan kewangan
• Memberi pinjaman dan peruntukan untuk modal perusahaan pertanian

Institusi terlibat:
- Agro Bank
- LPP
- Jabatan Pertanian

7. Membuat penyeliaan
• Menyelia dan memantau kegiatan petani supaya sentiasa mematuhi undang-undang, seperti tidak menggunakan racun terlalu banyak, mengawal penyakit daripada merebat dan memeriksa mutu hasil pertanian,

Institusi yang terlibat:
- Jabatan Pertanian
- Jabatan Perkhidmatan Haiwan
- BERNAS

8. Membantu pemasaran
• Mendapatkan pembeli
• Menyediakan kemudahan memproses
• Menyediakan ruang untuk menyimpan
• Menyediakan pengangkutan
• Memasarkan

Institusi yang terlibat:
- FAMA
- MARDEC
- BERNAS

No comments: